Semasa Majlis Pengumuman Penyampai, Pengacara dan Persembahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian di Holiday Villa, Subang yang lalu, Budiey sempat bertemu buat kali pertama dengan seorang pelakon baru yang meningkat naik. Namanya, Nelydia Senrose… haa sempat tanya apa Twitter dan Instagram dia, time tu jugak Budiey follow.
Kalau korang nak follow sila follow ya Twitter: @NelydiaSenrose dan Instagram:Â NelydiaSenrose. Unik dan cantik betul nama dia, kan? Secantik tuan empunya badan. Nely ni sebenarnya masih lagi bergelar penuntut kolej, ambik jurusan psikologi tapi semakin dikenali kerana lakonan bersahaja dalam drama Setia Hujung Nyawa.
Walaupun masih baru, nama Nely dah disebut-sebut peminat, bukan hanya lakonannya dalam drama Setia Hujung Nyawa, tapi ada gosip yang melanda dirinya apabila dia difitnah menjadi orang ketiga dalam hubungan cinta pasangan Qi Razali dan Yuna. Sekaligus Nely dikatakan penyebab pasangan ini putus cinta.
Sebelum ini, Nelydia Senrose pernah membuat kenyataan mengenai hubungannya dengan Qi Razali tidak lebih sebagai kawan, namun masih ada cakap-cakap yang mendakwa dialah yang menjadi penyebab jejaka itu berpisah dengan teman wanitanya, penyanyi Yuna.
Spekulasi dikukuhkan lagi dengan gosip yang timbul baru-baru ini ekoran gambar-gambar mesra mereka tersebar di ruang internet. Malah ada rakan media yang pernah terserempak dengan mereka di sebuah pusat membeli belah beberapa bulan lalu. Lantas pelakon muda yang semakin meningkat naik namanya ini dikatakan sedang asyik bercinta dengan aktor tersebut.
[pullquote align=”right”]“Saya bukan punca Qi dan Yuna berpisah. Saya rapat dengan Qi pun baru jer lagi. Hubungan kami sekadar kawan baik – Nely”[/pullquote]
Penuntut Segi College dalam jurusan psikologi ni dan Qi sebelum ini pernah bergandingan dalam drama bersiri terbitan TV9, Friday I’m in Love.
Nelydia berkata dia sudah dapat menjangka akan berdepan dengan tuduhan sebegini. Walau bagaimanapun gadis berusia 19 tahun ini menafikan perhubungan Qi dan Yuna berakhir disebabkan dirinya.
Nely mengakui mula rapat dengan Qi sejak dua bulan lalu tetapi tidak lebih dari seorang teman rapat.
Menyifatkan Qi sebagai seorang lelaki yang bijak, justeru Nelydia mengakui lelaki itu merupakan individu yang sering menjadi bahan rujukan berkenaan pelajaran di kolej.
“Saya bukan punca Qi dan Yuna berpisah. Saya rapat dengan Qi pun baru jer lagi. Hubungan kami sekadar kawan baik. Kalau ada apa-apa tugasan kolej yang saya tak faham, saya banyak minta bantuan dia. Dia pun sentiasa bersedia membantu saya. Dengan usia dia nak masuk 37 tahun, Qi matang dan sentiasa bijak dalam setiap tindakannya.”
Tambah Nelydia lagi, walaupun dia berdepan dengan tuduhan sebegitu, dia tidak bimbang kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan. Malah menganggap ianya sebagai lumrah sebagai seorang artis.
“Saya tak takut dituduh penyebab mereka berpisah sebab saya tak buat apa-apa. Saya pun tak pernah jumpa dengan Yuna sejak cerita ni timbul. Perkara ni saya anggap lumrah sebagai seorang artis.”
Lagipun saya dan Qi memang hanya sebagai kawan. Saya tak pernah tanya apa-apa pasal kehidupan dia mahupun hubungan cinta dia sebab saya tahu saya tak ada hak nak tanya apa-apa”, katanya.
Nely tak menolak seandainya bertemu jodoh dengan lelaki yang jauh lebih tua darinya asalkan lelaki tersebut matang. Semoga Nely terus cemerlang dalam bidang lakonan dan fokus berterusan walaupun dilanda gosip hangat.