Dalam satu ruangan di akhbar Utusan menyebut, pendek kata nak telefon atau hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) pun dah tak kerap macam dulu. Orang tengah banyak job… maklumlah sekarang semua produksi tengah sibuk dengan drama dan telefilem untuk bulan puasa dan hari raya.
Jadi satu hal pula untuk Zain memujuk kembali kekasihnya itu. Kalau nak ikut memang Zain tengah kerja keras kumpul duit nak kahwin. Bukan senang nak pikat Che Ta apatah lagi nak meminang pelakon berkenaan. Kan…
Tak mengapalah dugaan orang bercinta ini macam-macam. Apa yang penting harap-harap perkahwinan yang mereka rancang hujung tahun ini menjadi. Ramai yang tak sabar nak tengok Che Ta naik pelamin.