Mungkin betullah khabar angin yang mengatakan Uyaina Arshad sedang rapat dengan penyanyi dan bintang Dansa dan Sing, Raja Syahiran. Mengintai satu posting di Instagram, kedua-dua mereka juga dilihat menggayakan busana putih seakan telah bersepakat untuk tampil sedondon di majlis perkahwinan selebriti tersebut.
Tambah menarik, kisah cinta pasangan ini juga khabarny mula dihidu warganet apabila Uyaina dikatakan serin meninggalkan komen di Instagram Syahiran. Bahkan, ulasan-ulasan yang dititip Uyaina juga dikatakan berbentuk mesra seperti pasangan yang sedang dilamun cinta.
Bagaimanapun, sehingga kini Uyaina dikatakan masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung status terkininya selepas dirinya didakwa telah putus cinta dengan penyanyi daripada negara sebarang Indonesia iaitu Reza Zakarya.
Meskipun begitu, andai jodoh kuat di antara Uyaina dan Syahiran, sama-sama kita doakan agar hubungan ini berkekalan hingga ke jenjang pelamin.
Sekadar informasi, Uyaina pernah digosipkan Reza, namun segalanya musnah apabila lelaki berketurunan arab itu dikhabarkan telah bertunang dengan gadis pilihan hatinya.
Biarpun begitu, Uyaina mengakui langsung tidak bersedih sebaliknya percaya jejaka itu berhak untuk menentukan kehidupannya sendiri.