Dengan dekorasi hiasan serba putih, rata-rata netizen pasti terkejut dengan penyebaran gambar pelakon Pekin Ibrahim dan Mona Allen ini. Awal tahun ini, pasangan ini pernah dilaporkan menjalin hubungan cinta namun kedua-duanya belum bersedia untuk berkongsi tentangnya.
Mona atau nama sebenar Muna Hafiraza sebelum ini pernah memaklumkan hubungannya dengan Pekin hanya sekadar kawan.
Beberapa keping gambar di atas diperoleh daripada pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun Azshe Azman. Difahamkan, dia merupakan pemilik Syarikat dekorasi majlis, Sheparty
Pelakon, Amyza Aznan, menjelaskan dia berani memuat naik ucapan tahniah kepada pasangan selebriti, Pekin Ibrahim dan Mona Allen, setelah melihat gambar dikongsi teman seperjuangan, Wan Nor Azlin.
Amyza ketika dihubungi BH Online berkata, dia turut menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada Mona yang menjemputnya ke majlis akad nikah mereka pada 1 Disember lalu.
“Pada mulanya, saya juga takut untuk membuat sebarang pengumuman di laman sosial, namun menukar fikiran apabila melihat perkongsian dibuat oleh Wan Nor Azlin. Dia berkongsi berita gembira itu di akaun miliknya dan ia membuatkan saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada mereka.”
“Malah, saya juga menerima mesej daripada Mona yang menjemput saya ke majlis yang hanya dihadiri oleh teman rapat dan keluarga pada 1 Disember lalu. Majlis itu diadakan pada hari ini, sekitar jam 10.30 pagi tadi.
“Kami memang rapat kerana sembilan bulan berlakon bersama ketika menjayakan drama rantaian, Monalisa. Saya mendoakan kebahagiaan Mona dan Pekin,”
– Amyza Aznan
Sebelum itu, Amyza menerusi akaun Instagramnya mendoakan agar perkahwinan kedua-dua pelakon terbabit berkekalan hingga ke akhir hayat.
Terdahulu, gambar perkahwinan pasangan selebriti itu tersebar di laman sosial, dipercayai dirakam oleh keluarga atau rakan terdekat.
Dalam perkembangan lain, drama lakonan Mona Allen dalam Seribu Rindu kini sedang hangat ditayangkan di Slot Akasia TV3.