Laporan Shell FuelSave Fakta atau Fiksyen, yang telah menganalisis tingkah laku 1,000 orang pemandu Malaysia yang berusia antara 18 hingga 40, menunjukkan bahawa walaupun 90% melihat kecekapan bahan api sebagai sesuatu yang penting, 81% mengakui bahawa mereka tidak tahu bagaimana.
Betul Ke Panaskan Enjin Kereta Dapat Menjimatkan Bahan Api?
Sebagai contoh, 68% daripada pemandu percaya bahawa memanaskan enjin sebelum memulakan perjalanan akan menjadikan penggunaan bahan api kenderaan mereka lebih cekap, manakala 64% berpendapat mengisi minyak pada waktu malam yang lebih sejuk suhunya boleh menjimatkan bahan api.
Ramai juga pemandu yang berpendapat mereka boleh menjimatkan bahan api jika mereka membiarkan enjin beroperasi bagi mengelakkan enjin dihidupkan dengan kerap (53%), sentiasa meninggikan dan merendahkan gear (53%), dan memandu secara perlahan sepanjang masa (42%). Lebih menghairankan, lebih satu pertiga (35%) percaya bahawa usaha mengenjutkan kereta boleh membantu melepaskan poket-poket udara di dalam tangki bagi menjimatkan bahan api.
Laporan Shell FuelSave Fakta atau Fiksyen yang baru dikeluarkan mendedahkan mitos popular penjimatan bahan api di Malaysia.
Mengulas tentang penemuan penyelidikan, Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, berkata:
“Laporan Shell FuelSave Fakta atau Fiksyen, sebagai sebahagian daripada program mobiliti pintar kami, menunjukkan betapa pentingnya penjimatan bahan api bagi para pemandu, selain pelbagai cara yang mereka cuba untuk meningkatkan kecekapan bahan api. Sesetengah kepercayaan yang didedahkan oleh kajian sebenarnya membazirkan bahan api dan bukannya membantu untuk berjimat, dan di sinilah Shell boleh membantu rakyat Malaysia.”
Bagi membantu membezakan fakta daripada fiksyen, Shell mengorak langkah untuk mengubah para pengikut mitos yang salah kepada pakar kecekapan bahan api – iaitu melalui penggunaan bahan api seperti Shell FuelSave yang direka secara saintifik untuk tahan lebih lama dan dengan menunjukkan cara yang lebih berkesan bagi memandu secara bijak.
Mereka juga digalakkan untuk menggunakan Shell FuelSave 95 dan Diesel, bahan api yang direka untuk tahan lebih lama – pilihan yang sesuai bagi mereka yang mementingkan penggunaan bahan api berekonomi. Bahan api ini guna diiringi dengan Shell V-Power 97 dan Shell V-Power Racing, yang direka untuk memberi prestasi lebih baik.
Para Profesional Kecekapan Bahan Api Generasi Baru Malaysia Menerajui Langkah
Laporan seterusnya mendedahkan bahawa para pemandu bergantung kepada para saintis (76%) dan jurutera (72%) untuk membantu mereka menjimatkan bahan api dan tenaga di masa akan datang. “Sehubungan dengan penemuan laporan, komitmen berterusan Shell ke arah mobiliti pintar melalui inisiatif utama seperti Shell Eco-marathon Asia merupakan salah satu cara untuk memupuk bakat sains dan kejuruteraan generasi akan datang Malaysia bagi menerajui langkah,” kata Azman.
Mulai 26 Februari hingga 1 Mac 2015, 14 pasukan daripada institusi pengajian tinggi Malaysia akan ke Manila, Filipina untuk menyertai acara Shell Eco-marathon Asia 2015, yang mencabar pasukan-pasukan pelajar untuk mereka bentuk, membina dan menguji kenderaan ultra cekap bahan api masa hadapan. Mereka akan bersaing dengan lebih 130 buah pasukan dari Asia, Timur Tengah dan Australia dalam peraduan kecekapan bahan api yang terbesar di dunia.
Sebagai sebahagian daripada persediaan menghadapi Shell Eco-marathon, para pelajar baru-baru ini telah menemui Fahrin Ahmad, duta Shell FuelSave, untuk menjadi yang pertama mengetahui tentang keputusan Laporan Shell FuelSave Fakta atau Fiksyen. Para pelajar akan menggunakan penemuan laporan, serta pengetahuan yang diperoleh melalui Shell Eco-marathon Asia, untuk membantu mendidik orang ramai mengenai kecekapan bahan api, bermula dengan keluarga, rakan dan teman universiti mereka.
Menurut Fahrin, “Kini tiba masanya untuk rakyat Malaysia membezakan yang mana fakta dan yang mana fiksyen – dan saya bangga dapat memainkan peranan untuk membantu kita semua menjadi pengguna bahan api yang cekap!”
Sebagai duta Shell FuelSave, Fahrin akan bekerjasama dengan Saintis Bahan Api Shell dan pasukan pelajar di Shell Eco-marathon Asia 2015, Manila, untuk menguji beberapa mitos penjimatan bahan api yang paling diketahui umum dan mendedahkan kebenaran tentang kecekapan bahan api. Beliau kemudian akan menguji pengetahuan ini apabila mengambil bahagian dalam Cabaran Memandu Selebriti Shell FuelSave, dan menyertai para bintang terkemuka lain di rantau ini untuk memandu jauh dengan menggunakan jumlah tenaga yang paling kurang.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Shell Eco-marathon serta petua menjadikan bahan api lebih menjimatkan dan tahan lebih lama, sila layari www.shell.com/my.
Mengenai Laporan Shell FuelSave Fakta atau Fiksyen
Laporan Shell FuelSave Fakta atau Fiksyen telah ditauliahkan oleh Shell dan dijalankan oleh firma penyelidikan bebas Edelman Berland pada Disember 2014. Ia menggunakan soal selidik dalam talian dengan sampel perwakilan seluruh negara seramai 1,000 orang pemandu Malaysia berumur antara 18 hingga 40 tahun.
Mengenai Shell FuelSave
Shell FuelSave Unleaded dan Shell FuelSave Diesel adalah dua bahan api harga Regular kami yang direka untuk tahan lebih lama. Kini boleh didapati di 23 buah negara, bahan api ini mengandungi bahan-bahan kecekapan yang aktif dan direka untuk meningkatkan keberkesanan enjin bermula daripada isian yang pertama.
Mengenai Shell Eco-marathon Asia
Shell Eco-marathon Asia akan diadakan di jalan raya Manila antara 26 Februari dan 1 Mac 2015. Lebih 130 buah pasukan daripada 17 buah negara, termasuk 14 buah pasukan dari Malaysia akan mengambil bahagian.
Shell Eco-marathon bermula pada tahun 1939 di sebuah makmal penyelidikan Shell di Amerika Syarikat sebagai taruhan persahabatan di antara ahli-ahli sains untuk melihat siapa yang boleh mendapatkan jarak perbatuan yang paling jauh bagi segelen dari kenderaan mereka. Pemenangnya hanya mampu mencapai 50 mpg (21 km/l) dan bermula daripada taruhan yang kecil ini maka munculnya peraduan yang lebih tersusun. Pada tahun 1985 di Perancis, maka muncullah Shell Eco-marathon seperti yang kita ketahui pada hari ini. Acara tahunan Shell Eco-marathon Asia yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 2010 sebelum berpindah ke Filipina, pada 2014.