in , ,

Betul Ke Neelofa Tuntut Hutang Dari Shahz Jaszle?

Ingatkan dah habis la kisah si pelakon kontroversi, Shahrizal Jaszle nie, tapi nampaknya selepas satu musibah, satu lagi musibah melanda kehidupan si pelakon filem Azura ni.

Terbaru, sewaktu Shahz Jaszle bersemuka dengan rakan khalwat beliau iaitu Farah, timbul gosip mengatakan Neelofa telah menghantar satu mesej pesanan ringkas kepada Shahz Jaszle meminta Shahz melunaskan hutang beliau sebanyak RM5,000.

Wow, banyak tu, ni mesti berhutang masa berlakon bersama-sama kat luar negara masa filem Azura ni. Tapi tak pasti la bila. Budiey pakai tembak je sebenarnya. Apa-apa pun, hutang mesti dibayar walaupun tak dituntut.

neelofa

Semua ni terjadi sewaktu Shahz meyakinkan mereka-mereka yang ada di sana bahawa bukan dia yang mencari wanita, tetapi wanita yang mencari beliau sewaktu nama Neelofa tertera di skrin telefon Shahz. Kebetulan salah seorang saksi di sana turut menerima sSMS yang sama dari Neelofa yang mengatakan Neelofa ingin Shahz melunaskan hutangnya dengan segera.

Betul ke tak gossip ini? Jom kita terjah Neelofa, tanya dia betul ke tak? Mmmm… agaknya apa lagi gosip yang akan timbul selepas ni ye?

Selamat menyambut bulan Ramadan buat Neelofa. Tak sabar nak tengok filem terbaru you berlakon dengan Hans Isaac tu. Lemak Kampung Santan, eh?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Achey Juara Bintang Mencari Bintang

Mohd Hanafi Rosdi Juara MyEkspresi