Walaupun berita ini agak lewat sedikit disiarkan, Budiey nak ucapkan juga tahniah buat bekas vokalis kumpulan Estrella, Liyana Fizi yang telah bertunang pada hari Sabtu, tanggal 14 September 2013 yang lalu dengan kekasihnya yang merupakan seorang jurugambar profesional bernama Firdaus Karim atau nama gelarannya, Pidosan. Selamat bertunang, beb!
[pullquote align=”right”]Walaupun majlis berlangsung secara kecil-kecilan, namun Budiey tengok dalam gambar memang nampak meriah dan berseri. Liyana Fizi memang manis orangnya.[/pullquote]
Budiey dah kenal Liyana Fizi ni dah lama sejak dia bekerja sebagai PR kat syarikat Celcom lagi. Kemudian, kami pernah pergi Pulau Perhentian sama-sama untuk mengikuti program Xpressi Kembara. Budiey sempat menemuramah Liyana Fizi di tepi pantai yang indah di Pulau Perhentian. Kemudian, kalau korang #Budieyators semua masih ingat, Liyana Fizi ada datang perform di Party Ulangtahun Ke-5 Budiey.com di Zouk KL. Ooh, kenangan la sangat kan?
Majlis mengikat tali pertunangan itu berlangsung secara lancar dan manis dan tak mengundang mana-mana media. Hanya keluarga dan sahabat terdekat sahaja yang dijemput. Budiey dapat tahu berita gembira ini pun melalui Instagram milik Liyana Fizi sendiri.
“One step closer. Alhamdulillah. This is the best, most meaningful birthday i’ve ever had,”- Liyana Fizi
Liyana mengutuskan gambar cincin pertunangannya di laman Instagram khas buat tatapan peminat setianya.
Untuk info anda, sekarang Liyana dah ada sebuah album, Between the Lines yang dilancarkan pada tahun 2011.
Gossip Betul Ke Liyana Fizi Bertunang Dengan Bekas Kekasih?
Pasti ramai nak tahu macamana Liyana Fizi boleh bertunang dengan jurugambar kacak berjambang itu. Dengarnya, Liyana Fizi dan Firdaus Karim dah bercinta lama sudah. Tapi apa yang pelik bila ada gossip mengatakan mereka dulunya putus cinta, kemudian bercinta semula. Mmm, betul ke? Macam tak percaya je.
Ramai yang tak dapat hidu mereka bercinta. Maklumlah, diorang ni pandai bawa diri. Takde nak buat benda-benda yang tak senonoh dan bikin panas atau kontroversi. Apa-apa pun, pasti ramai jejaka makan hati kerana Liyana kini secara rasmi sudah pilih Firdaus untuk menjadi bakal suami. Maklumlah, Liyana sangat sopan dan manis orangnya.
Jangan lupa jemput Budiey kalau buat majlis kahwin ya. Tahniah sekali lagi diucapkan buat kedua pasangan kreatif & sweet ini dan semoga segala perancangan menuju ke hari bahagia berjalan lancar dan baik nanti. Insyaallah. Amin.