Banyak betul respon dan feedback yang telah Budiey baca setelah Ashraf Muslim berkahwin dua di Thailand. Aduyai, rata-rata yang sentap ialah kaum Hawa yang begitu menyokong dan simpati dengan apa yang dilalui oleh Dayana, isteri pertama Ashraf Muslim. Amboi, bukan main lagi korang ye. Ada gak segelintir kaum Adam yang bersimpati. Ada jugak yang back-up bini kedua Ashraf Muslim, Sakinah ni. Tapi baguslah. Hanya wanita yang akan memahami jiwa wanita yang sangat sensitif. Nasib baik Dayana ni jenis orang yang kuat dan tak terlalu kecoh. Kalau tak mesti banyak dah dia balas balik respon-respon di Facebook miliknya.
Cakap pasal Facebook ni, Budiey ada juga terbaca kononnya Dayana ada menulis sebuah puisi hasil keluhan dan isi hatinya. Tapi ada pula yang kata puisi itu adalah milik orang lain. Jadi, bukan Dayana la yang tulis puisi tu.
Aduyai, sape pulak yang cakap Dayana yang tulis puisi tu ha? Mandai-mandai je korang ni. Aku hempuk kan baru tau! Tapi tak pe, hehe, yang penting puisi ni katanya dah trending di laman Facebook. Mampu?
Bila baca balik keluhan rasa yang sangat puitis tu, tersentuh juga hati kecil Budiey ni. Kesian pun ada. Kalau baca balik, memang la kita rasa Dayana ni dah frust, hampa dan kecewa. Tapi masalahnya betul ke dia yang tulis? Hahaha, bukan Dayana yang tulis lah! Berapa kali Budiey nak ulang nih?
Berikut merupakan nukilan Dayana yang ditulis di laman Facebook miliknya semalam:-
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau FatimahTak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalananTak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang ituTak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana AllahTak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana diaSucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di ThailandBerhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan
Budiey dengar, usaha menghubungi Dayana oleh pihak media berhubung nukilan itu menemui jalan buntu kerana tidak kira sama ada Dayana atau bapanya enggan menjawab panggilan media.
Ashraf Muslim telah membuat pengakuan menggemparkan Rabu lalu apabila mengaku di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur yang dia sudah berkahwin dengan seorang bekas kru produksi sebuah stesen televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand pada 7 Julai lalu.
Tindakan Ashraf itu telah menyebabkan Dayana seisi keluarganya berasa kecewa dan terkilan kerana kerana Ashraf telah bertindak merahsiakan perkahwinannya dengan memberitahu pemergiannya ke Bangkok adalah atas urusan bisnes.