Pelakon Iqram Dinzly dan Fouziah Gous satu masa dulu pernah digossipkan bercinta tetapi sehingga ke akhirnya mereka masih kekal sebagai sahabat baik. Dalam ruangan gossip Harian Metro hari ini, Iqram Dinzly khabarnya kini sedang makan hati apabila Fouziah Gous itu kini sudah menjadi tunangan orang. Akibatnya Iqram dikatakan semakin kurus.
Apabila ditanya, Iqram Dinzly berkata perubahan fizikal beliau hanyalah kerana sibuk bekerja dan letih berlakon.
Kalau betul Iqram Dinzly makan hati kerana Fouziah Gous bertunang sehingga menjejaskan keadaan diri sendiri, ada eloknya tengok kembali perjalanan hidup sendiri dan cari seseorang yang lain sebagai teman. Bunga pun bukan sekuntum, tak gitu?
Budiey pun tak sabar nak tengok Fouziah Gous berkahwin, melihat pada Instagram milik Fouziah ni, rasanya meriah dan happening nanti majlis nikah Fouziah nanti. Harap jangan lupa jemput Budiey ya.