in , , ,

Betul Ke Ini Kekasih Baru Sarah Hilderbrand Seperti Yang Didakwa Nabil Mahir?

Pengacara Nabil Mahir sebelum ini mendakwa bekas kekasihnya, Sarah Hildebrand sudah pun bertemu dengan cinta baharu selepas hubungan mereka berakhir dua minggu lalu.

Menurut kata Nabil Mahir, bekas kekasihnya, Sarah Hildebrand dilihat telah ‘move on’ dengan cepat sekali selepas memuat naik fotonya di Instagram (IG) dengan seorang lelaki tersebut.

Ramai yang menganggap Sarah seperti menambah bahang spekulasi netizen, gara-gara menyiarkan sekeping foto beliau bersama seorang jejaka semasa bercuti baru-baru ini di Instagram di tengah-tengah isu ini diperkatakan ramai.

Entri tersebut telah dimuat naik sejak enam hari lalu.

Sarah menerusi kapsyen mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut kerana telah menemaninya berjalan sekitar kampung halamannya di Arkansas, Amerika Syarikat.

Sarah

“1 Malay 1 Pinoy in America #halfsies

“Thanks for taking me around our hometown, O. Salamat po.” 

– via IG Sarah Hildebrand

Maka, ramailah netizen yang membuat andaian dan tekaan bahawa lelaki tersebut adalah kekasih baru Sarah. Cepatnya Sarah move on kan?

Apa-apa pun, Budiey akan bertemu dan bertanyakan kepada Sarah tentang isu ini. Nantikan temubual eksklusif Budiey di saluran Youtube tak lama lagi, okay!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Annas Easkey Lancar Produk Kosmetik Lantik Ayda Jebat Jadi Duta

Yang Menarik Tentang Bintang Bersama Bintang BBB 2019