Sebelum ini Farid Kamil menerusi video Keek memberikan kenyataan beliau mengesahkan yang isterinya, Diana Danielle belum lagi bersalin. Malah Farid siap memberitahu tarikh jangkaan Diana akan bersalin. Kata Farid, Diana yang kini berada di Australia kerana menyambung pengajian, dijangka bersalin pada 15 Julai depan.
Namun laporan terbaru, dalam ruangan Berita Harian semalam menyebut ada khabar angin mengatakan ibu Diana Danielle sendiri telah mengesahkan anak perempuan tunggalnya itu telah pun selamat bersalin.
“Khabarnya, ibu Diana Danielle, Norsiah Ramli pernah mengesahkan kepada teman baiknya seorang VIP, anaknya itu sudah selamat bersalin, sedangkan Farid Kamil menafikannya … pulak!” – Berita Harian.
Si suami cakap belum, si ibu cakap sudah. Apapun, kita sama-sama doakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga.