Namun begitu, selepas berpisah mereka dilihat saling berbalas kenyataan di media sosial sehingga menceritakan isu yang dianggap sebagai aib.
Walaubagaimanapun, mereka akhirnya membuat keputusan untuk berdamai apabila keluarga masing-masing membuat pertemuan, namun menjelaskan hubungan mereka kini hanya sebagai kawan.
Terbaru, menerusi TikTok Story Anju, dia memuat naik sekeping foto yang dilihat memakai sebentuk cincin bersama sekuntum bunga ros merah.
Susulan itu, ramai yang mendakwa bahawa hubungan Anju dan bekas tunangnya itu kembali terjalin.
Lebih menguatkan dakwaan, anak kepada Khazrul meninggalkan komen berbentuk gembira pada foto tersebut.
“Yeayyyyy” komennya ringkas.