Menafikan desas-desus yang bertebaran, Hael berkata, dia menerima sesiapa sahaja yang ditakdirkan sebagai jodohnya. Berikut penjelasan Hael tentang dakwaan bakal melamar dan mengikat tali pertunangan dengan Dayang dalam masa terdekat ini.
“Belum lagi (ketawa). Saya tak nak komen. Bahaya soalan ini! Apapun, insya-Allah, jika ada rezeki dengan sesiapa yang sudi, sampailah jodoh saya bertunang,”
– Hael Husaini
Penyanyi lagu Jampi dan Hajat itu berkata, dia tidak pernah sunyi, walaupun masih hidup bersendirian pada usia 33 tahun.
“Saya tak pernah tertekan melihat rakan-rakan sekeliling sudah berkeluarga dan memiliki cahaya mata.
“Tiada ada masalah pun bergelar bujang, jauh sekali tertekan. Cuma, pernah juga terdetik alangkah seronoknya jika berkahwin pada usia semakin meningkat ini.
“Apapun seperti single terbaharu berjudul Bujang, jodoh itu akan ada. Kena rajin mencari dan doa yang baik-baik supaya orang yang baik juga datang kepada kita,”
– Hael Husaini
Mengenai komen peminat yang menganggapnya calon paling layak meneruskan legasi yang ditinggalkan penghibur terkenal, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad berdasarkan lagu yang dihasilkan, Hael menyifatkan ia adalah satu penghargaan buatnya.
“Untuk meneruskan legasinya, saya rasa tidak akan ada siapa yang dapat menggantikan tempatnya. Saya lebih rela menjadi diri saya sendiri,”
– Hael Husaini
Sumber: BH Online