in , ,

Betul Ke Filem Dunki Dikatakan Filem Terbaik Shah Rukh Khan?

Pada permulaan tahun 2023, bintang terkenal Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (SRK), menggegarkan industri perfileman dengan kemunculan cemerlang dalam filem blockbuster “Pathaan.”

Seterusnya, aksinya terus memukau dalam filem aksi thriller “Jawan” pada pertengahan tahun, menjadikannya dua filem dengan kutipan tertinggi dalam industri Bollywood pada tahun tersebut.

Namun, keberanian SRK tidak berhenti di situ. Pada penghujung tahun, beliau melibatkan diri dalam filem terakhirnya yang berkonsep komedi, drama, dan romantik bertajuk “Dunki,” yang juga menandakan kerjasama pertamanya dengan pengarah ulung, Rajkumar Hirani, pencipta sejarah melalui filem Munnabhai MBBS, PK, dan 3 Idiots.

FILEM DUNKI

“Dunki” membawa penonton jauh dari aksi dan penampilan macho SRK, menyentuh isu perbezaan antara kaya dan miskin, celik dan buta huruf, serta impian dalam kehidupan. Kisahnya memaparkan realiti pendatang asing dari Punjab, India Utara, yang mencari kehidupan lebih baik, sambil membincangkan fakta dan statistik terkait dalam skrip yang ditulis bersama Abhijat Joshi dan Kanika Dhillon oleh Rajkumar Hirani.

Filem ini bukan sekadar sebuah cerita kontroversial, tetapi juga mengolah isu-isu sosial dengan bijak, menyelitkan elemen kemanusiaan dan humor. “Dunki” memukau melalui jalan cerita yang kuat dan lakonan cemerlang SRK bersama pasangannya, Taapsee Pannu. Selain itu, filem ini turut dibintangi oleh Boman Irani, Vicky Kaushal, Vikram Kochhar, Anil Grover, dan Dharmendra.

FILEM DUNKI

Berlatarkan tahun 1995, kisah mengikuti perjalanan Hardy Singh Dhillon (SRK), seorang askar pulih dari kecederaan, yang tiba di bandar Laltu di Punjab untuk mencari lelaki yang menyelamatkan nyawanya. Hardy bertemu dengan tiga lelaki, Taapsee Pannu (Manu), Anil Grover (Balli), dan Vikram Kochhar (Buggu), yang bercita-cita untuk berhijrah ke London mencari kehidupan lebih baik.

“Dunki” mengisahkan tentang persahabatan, kesetiaan, dan perjuangan empat sekawan yang menghadapi pelbagai cabaran semasa menjejak kaki ke London. Penuh dengan emosi dan pesan mendalam, SRK bersinar dalam babak mahkamah yang menyentuh hati penonton. Filem ini, dengan durasi 2 jam 39 minit, telah dihasilkan oleh White Merpati Entertainment Sdn Bhd dan ditayangkan di pawagam seluruh dunia sejak 21 Disember lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Khilaf Kaum Hawa, Adakah Kita Mangsa dalam Drama Bersiri HAWA 

HAMDAN SENARIO

Arwah Hamdan Pesan Jangan Tinggal Solat, Buat Baik Dengan Semua Orang