Elizabeth yang selesa dipanggil Lizzie memberitahu, selagi ibu tidak menegur caranya berpakaian dalam foto dikongsi di IG, dia tidak akan menganggap aksinya ‘over’.
“Jika pakaian saya keterlaluan, saya yakin ibu menjadi orang pertama menegur dan meminta saya menukarnya.
“Lagipun, apa salahnya berpakaian mengikut cita rasa kerana saya masih muda? Saya bukan berpakaian terlalu seksi seperti bintang K-pop yang mengenakan baju singkat. Saya tidak akan memuat naik foto jika berpakaian begitu.
“Saya hanya muat naik foto yang disukai peminat sahaja,”
– Elizabeth Tan
Dek gambar yang dikatakan seksi, gadis berusia 27 tahun ini dilihat sering menerima komen ‘tidak senonoh’ daripada pengikut lelaki di laman sosial.
Menafikan dirinya ‘simbol seks’, Lizzie berkata, banyak akaun lain boleh dijadikan rujukan, bukan IG miliknya sahaja.
“Kalau tidak membelek akaun saya, mereka boleh tengok benda lain.
“Setakat ini, saya tidak pernah rasa terancam dengan membaca komen ditinggalkan pada foto saya. Jika ada yang dilihat terlalu keterlaluan, saya akan padam dan sekat,”
– Elizabeth Tan
Lizzie mengaku membaca setiap komen dilayangkan peminat.
“Jika ada komen mengatakan foto kurang sesuai dan sebagainya, saya akan mohon maaf. Tetapi setakat ini, tiadalah komen yang terlalu meninggalkan kesan kepada saya.
“Selain itu, saya tidak pernah terima ‘benda’ bukan-bukan daripada peminat. Saya jarang buka mesej langsung (DM) yang dihantar, biasanya pembantu yang baca.
“Cuma, pernah sekali, ada orang ‘tag’ nama saya untuk sekeping foto wanita tanpa seurat benang. Saya lihat pada foto itu, wajah saya, tetapi badan orang lain.
“Saya tidak rasa apa-apa, cuma kelakar kerana terang-terangan gambar itu bukan saya,”
– Elizabeth Tan
Elizabeth Tan bakal muncul dengan filem terbaru berjudul Escape, akhir bulan ini.
Sumber: Berita Harian