Selamat tahun baru 2019 buat semua pembaca Budiey.com. Hari ini 1 Januari, merupakan tanggal yang bakal tercatat dalam berita hiburan Malaysia. Kehadiran hari pertama tahun 2019 iaitu 1 Januari dikatakan menjadi pilihan Elfira untuk melangsungkan perkahwinan. Betul ke ni?
Selepas bertunang dengan Faris Khairol Anuar pada 2 September lalu, pelakon Elfira Loy dikhabarkan akan bernikah pada hari ini, 1 Januari 2019. Betul ke khabar angin ini? Dengarnya, kad jemputan ke resepsi dah pun dihantar. Budiey pun ada menerima kad jemputan resepsi pada 5 Januari nanti. Teruja nak tengok pasangan sweet ni kan?
Menurut sumber, Elfira dan tunangnya, Khairol Faris Anuar sudah sepakat memilih tarikh 1 Januari 2019 untuk diijabkabulkan. Ramai yang menantikan kesahihan tentang perkahwinan selebriti sebagai pembukaan tahun 2019.
Sebelum ini Elfira Loy & Faris Anuar tampil secara eksklusif di Majalah EH! sebagai penghias edisi pembuka tahun baru. Bersama EH! kedua-duanya berkongsi perjalanan perhubungan mereka secara eksklusif. Mereka juga berkongsi sedikit bayangan perancangan perkahwinan mereka yang bakal berlangsung bulan ini.
Desas-desus yang bertebaran di laman sosial, Elfira Loy bakal melangsungkan lima resepsi sepanjang bulan Januari ini. Perghhh! Kalah Fazura dan Fattah. Banyak tu majlis resepsinya. Budiey hanya dapat satu jemputan sahaja iaitu pada 5 Januari ini.
Lokasi Pernikahan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Walaupun tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Elfira Loy mengenai pernikahannya dengan Fariz Anuar, namun menurut sumber, majlis tersebut akan disempurnakan pada hari ini sempena kehadiran tahun baharu. Menurut sumber, majlisnya akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) tetapi tidak dapat dipastikan sama ada berlangsung pada belah siang atau malam.
Elfira dikatakan telah memilih busana perkahwinan daripada beberapa pereka terkenal tempatan yang pernah berkerjasama dengannya sebelum ini.
Selain Rizman Ruzaini, beberapa pereka fesyen lain yang dimaksudkan pernah menghasilkan gaun perkahwinan selebriti tempatan terkenal sebelum ini seperti Anzalna Nasir, Sharnaaz Ahmad dan Stacy.
Namun yang lebih menarik untuk didengar, perkahwinan Elfira dan Fariz ibarat penganjuran sebuah festival kerana khabarnya mereka merancang untuk mengadakan lima kali resepsi.
Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Itu yang Budiey doakan buat Elfira Loy dan bakal suami. Doakan yang baik-baik la ya.