[dropcap]P[/dropcap]enyanyi dan pelakon Chomell Fana menolak dakwaan keputusannya tidak lagi menjadi artis di bawah naungan KRU Music Group, bukannya disebabkan ada perbalahan dengan KRU Music. Sebaliknya keputusan itu dibuat kerana kontraknya sudah tamat dan kedua-dua pihak melihat tiada sebarang perkembangan yang boleh mengetengahkannya sebagai seorang penyanyi.
Bercakap kepada mStar online, dia menyertai KRU Music dua tahun lalu kerana mahu mengembangkan karier nyanyian. Tetapi selepas kontraknya tamat, dia tidak melihat tiada sebarang perkembangan dirinya di situ kerana sepertimana semua sedia maklum pihak KRU lebih memberi keutamaan di bidang perfileman.
“Kami profesional dan tidak pernah berbalah. Tidak dinafikan pihak KRU juga telah mengembangkan bakat lakonan saya. Cuma bidang nyanyian sahaja agak perlahan dan rasanya itu adalah perkara yang normal.”
Menurut pelakon drama Balqis ini, sejak menguruskan kerjaya sendiri, dia lebih senang dan selesa untuk bergerak ke mana-mana tanpa perlu memberitahu kepada pihak syarikat naungannya.
Chomell Fana pernah muncul dengan single BFF.