Heboh juga apabila ada berita dalam akhbar Utusan Malaysia mengatakan Bront Palarae telah bernikah dengan sekali lafaz bersama seorang wanita yang merupakan kenalan lamanya pada 31 Ogos lalu. Namun, identiti isterinya masih dirahsiakan. Berita pernikahan pelakon ini hanya disiarkan tanpa sebarang foto di akhbar tersebut. Majlis Pernikahan itu katanya di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail dengan mas kahwin sebanyak RM30. Tapi menurut Bront pulak, pada tarikh tersebut dia berada di berada di sebuah konti radio atas urusan kerja. Jadi, mana buktinya? Ada gambar Bront Palare masa akad nikah tak? Gambar Bront bersama wanita misteri bersepah kat internet dan blog.
Masuk ni dah dua kali Bront Palarae kena gosip didakwa berkahwin. Walawei!
Bront enggan mengulas lanjut mengenai isu ini sebab takut menjejaskan kutipan filem terbaru lakonannya yang akan keluar di pawagam tak lama lagi. Sedikit sebanyak tindakannya menimbulkan tanda tanya sama ada dia benar sudah bernikah atau hal ini hanya gosip semata-mata.
“Bagi saya 31 Ogos merupakan Hari Kemerdekaan dan saya sekarang ini sedang mempromosikan filem terbaru saya iaitu ‘Psiko Pencuri Hati’. Saya tidak mahu sebarang isu yang boleh menganggu promosi filem terbaru saya ini,†ujar Bront mengulas tentang berita pernikahannya itu. Pada tarikh tersebut saya turut berada di sebuah konti radio, tapi jari saya tidak berinai pun. Saya rasa lebih baik jika bertanya sendiri pada sumber yang mengeluarkan berita tersebut.”
Menurut Utusan Malaysia, majlis pernikahan Bront berlangsung di Taman Tun Dr. Ismail selepas waktu Asar dan hanya dihadiri oleh saudara-mara terdekat. Difahamkan juga tidak ada rakan artis atau media yang dijemput oleh Bront.
Lagi pelik dalam akhbar tersebut, ada kenyataan dari Bront yang seakan mengaku majlis nikah berlangsung secara tertutup di mana Bront ada mengatakan:
“Saya minta maaf, majlis ini secara tertutup dan hanya dihadiri oleh saudara mara terdekat. Kalau boleh saya tidak mahu hebahkan perkara ini kerana banyak hati yang perlu untuk saya jaga terutamanya rakan rakan artis dan media. Sebab itu saya lakukan pernikahan ini secara tertutup.” – Bront Palarae
Sebuah portal hiburan telah menyiasat akaun Instagram Bront dan menjumpai beberapa gambar Bront bersama dengan seorang wanita cantik semasa pengambaran sebuah video muzik.
Budiey pun tak tahu nak komen apa. Keliru sebenarnya. Sebab biasanya gosip kat Malaysia ni, kadang-kadang tu, 80% ada yang betul nya. Rasanya, jika benar Bront betul-betul bernikah, tak payah la nak sorok. Tahniah diucapkan. Jika tidak, tidak apa. Tak jadi masalah Bront mempertahankan haknya.
Sebelum ini, gambar Bront Palarae kantoi menghadiri kursus kahwin bersama seorang wanita pada 16 dan 17 Jun 2013 telah tersebar di internet.