in

Betul Ke Anzalna Buat Hal Dengan Izzue Islam?

Khabar angin yang bertiup kencang sekarang ini, mengkhabarkan tentang masalah yang timbul antara pelakon Izzue Islam dan Anzalna yang bermasam muka semasa berlakon dalam drama bersiri Aku Isterinya untuk tayangan di TV3.

Masalah berlaku dikatakan berpunca dari Anzalna yang kononnya dia terlalu berlebihan atau over semasa membawa watak sehingga menyebabkan isteri kepada Izzue Islam rasa tak selesa dan cemburu? Ish macam tu sekali ke? Betul ke gossip ni? Budiey pun duk tengah bayangkan macamana ia yang dikatakan over bawa watak tu?

Apa yang kita harapkan agar hubungan mereka kembali jernih. Tak elok bermasam muka. Nanti susah nak selesaikan kerja.

Selain Anzalna dan Izzue, Aku Isterinya turut dijayakan oleh Syazwan Zulkifly, Shakilla Khoriri, Marissa Yasmin dan Syatila Melvin.

Drama bersiri Aku Isterinya bakal bersiaran menerusi slot Akasia di TV3 bermula 31 Mac ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis, 7 malam.

Semoga isu ini dapat ditangani dengan baik oleh dua artis ni.

anzalna

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

E! News Asia Special Singkap Rahsia Lisa Surihani

Alyah Tangguh Lancar Single Sesal Separuh Nyawa