[dropcap]S[/dropcap]emalam, semasa Sidang Media sempena Pelancaran Biografi Aaron Aziz di saluran E! Entertainment, pelakon filem Lari, Aaron Aziz telah mendedahkan dia pernah menyertai satu kumpulan gangster di Singapura. Wow, patutlah lakonan Aaron Aziz sangat cemerlang kalau berlakon babak-babak ganas ala gangster ni. Kalau tak caya, cuba tengok lakonan Aaron dalam KL Gangster. Pergh! Mantap! Rupanya, beliau ada pengalaman yang melakukan aktiviti tidak bermoral pada zaman remajanya.
Menurut Aaron, dia sering dianggap lelaki ganas sehingga ditakuti ramai orang pada ketika itu. Akan tetapi, sekarang tak lagi, Aaron Aziz sudah bebas dari kumpulan gangster tersebut. Itu cerita lama, cerita semasa beliau remaja. Biasalah masa tu, Aaron berdarah muda. Semua benda dia nak cuba dan explore. Setidak-tidaknya, pengalaman bergaul dengan golongan itu telah banyak mengajar dia untuk mengenali masyarakat di sekeliling.
“Biasalah zaman muda dahulu. Perasaan ingin tahu melebihi segala-galanya dan semua benda kita mahu cuba dan lihat. Tetapi berkawan dengan orang jahat tidak semestinya kita akan jadi jahat. Pada pendapat saya berkawan dengan mereka mengajar saya jadi bijak dalam mengenali orang di sekeliling saya.”
Peminat Aaron Aziz atau Aaronators sekalian jangan risau dengan tajuk entri kat blog ni ya. Sebenarnya kru produksi saluran itu cuba mencari apa-apa kontroversi untuk dipaparkan dalam program itu.
Aaron Aziz menyifatkan penyiaran program biografi khas untuknya ini sebagai satu penghormatan dan penghargaan buat dirinya.
Aaron ditemui pada sesi temu bual eksklusif di restoran Bait bersempena pelancaran program biografinya yang akan disiarkan menerusi saluran E! Entertainment.
Paling membanggakan, Aaron Aziz merupakan artis pertama di Asia yang berpeluang muncul dalam program itu berjudul E! Special: Aaron Aziz. Haha, mampu?
Kisahnya terlibat dalam kumpulan gengster juga akan dikongsi dengan para peminat menerusi program itu yang akan disiarkan pada 7 Julai depan selama satu jam menerusi saluran Astro 712, E! Entertainment.