in ,

Betty Benafe Nikah Kini Sah Bergelar Isteri Bruce Darghous

Dengan sekali lafaz, pelakon dan penyanyi [highlight]Betty Benafe [/highlight]telah selamat dinikahkan dengan pasangannya Bruce Darghous di sebuah majlis kecil yang diadakan di kediaman keluarga di Kempas, Johor Bahru, Johor pada jam 2.30 petang.

[dropcap]U[/dropcap]ntuk pengetahuan pembaca budiey.com, suami Betty ni seorang perunding teknologi berdarah kacukan Inggeris Lubnan dari Britain. Wah, kalaulah misal kata Betty dapat anak ni, mesti cantik dan comel kan? Maklumlah anak kacukan. Betty pun ada darah kacukan jugak.

Dengan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan gelang emas, pasangan itu selamat dijabkabulkan.

Betty Benafe Nikah
[dropcap]B[/dropcap]udiey ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat Betty Benafe. Wah! Makin berseri sejak bergelar isteri ya? Semoga hubungan kalian terus bahagia hingga ke akhir hayat.

[pullquote align=”right”]Pengantin bertukar-tukar hantaran iaitu tujuh dulang daripada Bruce dan Betty pula membalas dengan lapan dulang. Sweet![/pullquote]

Pasangan ini telah selamat dinikahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Johor (JAJ), Ahmad Faisal Mohamed. Sementara itu, Betty yang kematian bapa 11 tahun lalu, diwalikan oleh adik lelakinya, Rifkee yang kini berusia 32 tahun.

Betty atau nama sebenarnya Betty Ibtisam Abu Bakar, 33, berkata, dia gembira akhirnya dia dan lelaki kacukan England dan Lebanon itu bersatu sebagai suami isteri.

Menurut kata Betty:

“Walaupun terdapat pasang surutnya sepanjang menjalinkan hubungan ini, namun saya gembira kerana ia berakhir menjadi sebuah ikatan suami isteri. Saya harap perkahwinan ini akan kekal sehingga akhir hayat.

Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana majlis nikah ini berlangsung dengan lancar. Memandangkan sebelum ini, saya pernah buat keputusan untuk membatalkan hasrat untuk bernikah.”

[dropcap]M[/dropcap]enurut Betty, ini hanya satu dugaan dalam percintaan. Ini mengingatkan Budiey dengan lagu Maya Percintaan ya, kata liriknya, maya percintaan, ada madu, ada racun. haa, lebih kurang macam tu la kan. Tapi selepas berunding dengan ahli keluarga, kedua belah pihak selain Betty sendiri berfikir panjang, dia mengambil keputusan untuk meneruskan impain untuk berkahwin.

Haa, itulah jodoh namanya dik non!

Walaupun berlainan budaya adat dan dihimpit pula dengan macam-macam ujian dugaan, tapi atas nama cinta sejati, Betty Benafe akhirnya disatukan dengan lelaki idamannya. Itu pun dengan kehendak Allah. Segalanya datang dari Tuhan.

Menyentuh tentang suaminya, Betty berkata,

“Saya berkenalan dengan Bruce semasa dia baru dua hari berada di Malaysia sebab mahu mencari peluang pekerjaan di sini. Saya terpikat dengan Bruce sebab dia pandai masak. Bruce pandai masak kek bakar. Memang sedap. Sepanjang perkenalan saya merahsiakan status saya sebagai artis. Bruce tak tahu saya ni artis. Bruce juga saudara kepada kawan saya. Memang dia pun ambil masa yang lama juga untuk bercinta dan untuk cakap yang dia nak kenal saya lebih dekat.”

Baru-baru ini, kecoh juga apabila Betty berhasrat untuk membatalkan hasratnya untuk berkahwin.

“Kami dengan serius berfikir panjang juga sebab dah pun bertunang pada 14 Jun lalu. Takkan nak batalkan macam tu je. Ini semua gara-gara mereka dikatakan selalu sahaja menghadapi macam-macam ujian tapi selepas melihat pada hubungan Bruce yang sangat bersungguh-sungguh mahu menjadikan saya isterinya. Akhirnya sayateruskan juga majlis nikah ni. Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar. “

Dari segi persamaan, Betty mengatakan ada persamaan dari segi pemikiran dan kepercayaan.

“Betty memilih Bruce bukan kerana dia orang Inggeris tetapi saya tak jumpa calon yang baik selain dia.”

“Tambahan pula, saya melihat Bruce sebagai pengganti arwah bapa saya sebab dia suka buat lawak, selain dia juga tegas dan selalu menepati masa.”

Sementara itu, Bruce berkata dia tak akan menghalang Betty meneruskan kerjaya sebagai penyanyi dan pelakon memandangkan dia sendiri suka dengan muzik.

“Buat masa ini, kami akan tinggal di Kuala Lumpur kerana saya bekerja di situ. Tapi kami ada perancangan untuk pulang ke pangkuan keluarga saya di Britain pada masa depan.”

“Kami rancang untuk dapat 3 orang anak dan tidak sabar bergelar ibu bapa. Kami akan berbulan madu di Pulau Sepadan, Sabah selepas majlis resepsi, Rabu ini.”

Menurut Bruce, dia rasa sangat bertuah dan bangga dapat menjadi suami kepada Betty sebab sifat Betty sangat mulia seperti ibunya.

“Sama seperti bulan yang mengelilingi dunia, saya juga tidak mampu menyatakan sebab saya jatuh cinta pada Betty kerana ia berlaku dalam sekelip mata pada pertemuan pertama kami pada November tahun lalu di KLCC.”

Semasa majlis nikah, ibu bapa Bruce iaitu Linda Darghous dan Nabil Darghous turut hadir.

[pullquote]Kami akan berbulan madu di Pulau Sepadan, Sabah selepas majlis resepsi, Rabu ini.[/pullquote]

Majlis pernikahan itu dimeriahkan dengan kehadiran lebih kurang 200 orang tetamu yang terdiri daripada teman-teman rapat serta keluarga kedua-dua belah pihak pengantin dari Kuala Lumpur, Singapura, Arab Saudi, Jepun, Jakarta dan England. Wah! Ramainya sedara mara Betty ni, seantero dunia gitu, kan?

Betty yang tampak ayu mengenakan busana gaun panjang bewarna firus hasil rekaan khas dari pereka Singapura, sementara Bruce segak dengan memakai set. menerima sejumlah mas kahwin dan wang hantaran serta sebentuk cincin dan rantai tangan emas.

Bruce pula tampak kacak bergaya dengan sut hitam.

Majlis resepsi pula akan diadakan pada 12 Disember ini di Pusat Konvensyen Danga Bay dan merancang untuk berbulan madu di Pulau Sipadan, Sabah tidak lama lagi.

Selain sibuk dengan kerjaya seni, Betty juga merupakan seorang usahawan berjaya yang menjalankan perniagaan makanan iaitu restoran Benafee Village di Jalan Abdullah Tahir, di sini.

Betty Benafe Nikah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dialog Kesedaran Hak Cipta Intelek DI Kalangan Seniman Malaysia

Gambar Behind The Scenes Video Klip Feel So Good Krista Kleiner