in ,

Beto Kusyairi Cari Rezeki di Jalanan dalam RUBBER BAND

lot Iris TV3, membawakan sebuah drama terbaharu lakonan Beto Kusyairi dan Pian Kepoh iaitu Rubber Band bermula 18 Mei ini, setiap Isnin hingga Khamis pada jam 6.30 petang. Rubber band mengisahkan mengenai Rahim (Beto Kusyairi) lelaki buta yang gemar bermain gitar dan menyanyi. Rahim tinggal di kampung bersama ibunya, Mak Nah. Satu hari, Alimin (Ezany Nizariff) iaitu rakan sekampung Rahim telah pulang ke kampung dan mengajak Rahim untuk bekerja di Kuala Lumpur. Rahim dijanjikan pekerjaan sebagai penyanyi.

Beto Kusyairi Cari Rezeki di Jalanan dalam RUBBER BAND

Pada mulanya Mak Nah keberatan apabila memikirkan keselamatan Rahim lebih-lebih lagi anaknya itu berbeza dengan orang lain. Tetapi setelah didesak dan dipujuk, Mak Nah benarkan. Setelah tiba di Kuala Lumpur, rupa-rupanya Rahim menjadi penyanyi jalanan. Alimin mengambil kesempatan atas kekurangan Rahim untuk mengaut keuntungan tetapi masih lagi menjaga Rahim dengan baik. Satu hari, Rahim telah ditinggalkan dengan sengaja oleh orang-orang suruhan Alimin yang sering mengenakannya. Rahim akhirnya sedar, dia telah dipergunakan Alimin dan akhirnya melarikan diri. Rahim tidak tahu hendak menuju ke mana dia hanya menurut gerak hatinya untuk melangkah demi mencari rezeki yang akhirnya menemukannya dengan Basir (Suffian).

Basir seorang lelaki yang gagap dan bekerja di sebuah kedai makan. Basir sering sahaja dimarahi oleh majikannya sehingga dia diberhentikan kerja. Setelah itu, Basir mengikuti Rahim menjadi penyanyi jalanan sambil menjual ubat. Oleh kerana kecatatan mereka, mereka dipandang rendah oleh masyarakat. Namun, kecacatan tersebut tidak melemahkan azam mereka untuk menjadi seseorang yang dikenali dalam masyarakat. Menyedari hakikat bahawa kecacatan merupakan satu-satunya batu penghalang bagi kejayaan mereka, mereka mengambil keputusan untuk bergabung tenaga bagi menubuhkan sebuah kumpulan musik dengan bantuan Jelita (Sara Ali), seorang produser yang telah melihat bakat mereka menyanyi.

Jelita ingin membantu mereka dan membuka mata masyarakat walaupun mereka cacat, mereka masih punya sesuatu yang istimewa untuk dikongsikan. Dari situ, mereka mula membina strategi bagaimana untuk menjadi terkenal meskipun mempunyai kekurangan fizikal. Mereka menamakan kumpulan mereka sebagai “Rubber Band”.

Dalam perlahan-perlahan mendaki tangga kemasyuran, satu-persatu kisah lucu terjadi dan menduga persahabatan Rahim dan Basir. Adakah mereka akan terus kekal bersatu dan berjaya melalui rintangan demi untuk populariti yang diangankan? Ikuti perjalanan dua insan istimewa ini dalam drama arahan Sabri Yunus yang turut dilakonkan oleh Sara Ali, Bil Azali, Ezany Nizariff, Sura Sojangi ini dalam Rubber Band.

Beto Kusyairi Cari Rezeki di Jalanan dalam RUBBER BAND

Beto Kusyairi Cari Rezeki di Jalanan dalam RUBBER BAND

Beto Kusyairi Cari Rezeki di Jalanan dalam RUBBER BAND

Beto Kusyairi Cari Rezeki di Jalanan dalam RUBBER BAND

Beto Kusyairi Cari Rezeki di Jalanan dalam RUBBER BAND

Beto Kusyairi Cari Rezeki di Jalanan dalam RUBBER BAND

Beto Kusyairi Cari Rezeki di Jalanan dalam RUBBER BAND

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MODA NAQUIRKEE Buat Si Unik

Shila Amzah Buat Persembahan di AIA Generasi Malaysia Concert