in

Bestnya Berbuka Dengan OLDTOWN White Coffee 3in1 Hazelnut

Bulan Ramadan tiba lagi… wadduuuh teruja sangat nak sambut bulan yang mulia ni. Bukan sekadar kemeriahan pesta makanan dan buffet berbuka puasa… malah, yang pasti, jadual kerja Budiey turut berubah. Sekaligus gaya hidup pun berubah, ye dok?

Bayangkan, macam korang semua yang berpuasa, Budiey juga kena bangun seawal jam 5 pagi untuk bersahur dan kemudian tak boleh nak terus tidur sebab orang kata, takut nanti perut akan jadi buncit. Macamana nak nampak fit dan sado kan?

Jadi, walaupun rasa mengantuk, kenalah tahan jugak. Sambil tu Budiey boleh buat kerja sambil menunggu pagi menyingsing siang untuk melunaskan segala jemputan dan selesaikan kerja kat rumah.

OLDTOWN White Coffee

Untuk rasa lebih segar dan bertenaga, nak tak nak, menu bersahur haruslah lebih kurang sama dengan bersarapan. Paling tidak pun, nak kena minum kopi. Begitu juga dengan menu berbuka… pun tak nak ketinggalan kena minum kopi untuk mengekalkan kesegaran minda dan badan.

Selepas berbuka, biasanya badan akan rasa letih dan mata pula kuyu, cepat jadi mengantuk. Bila dah pekena segelas kopi, biasanya Budiey akan rasa segar semula.

Biasanya tak banyak event pada waktu pagi di bulan puasa. Yang padatnya adalah waktu berbuka. Tahun ni, macam biasa, banyak sangat jemputan diterima untuk berbuka. Tapi malangnya, Budiey kena pilih satu sahaja event berbuka dalam masa sehari. Tak larat lah nak pergi ke semua event. Cukuplah satu untuk majlis berbuka.

Kalau tahun-tahun sudah, bosan berbuka puasa di rumah, maka restoran atau kafe jadi tempat utama untuk Budiey berbuka puasa. Maklumlah, Budiey ni kalau korang nak tahu, adalah coffee lover. Minum kopi adalah satu benda yang wajib. Kalau dalam satu hari tu tak minum kopi, Budiey akan rasa lunyai tak bermaya. Boleh kata, Budiey ni coffee addicted pun boleh. Kalau ditanya, perisa kopi mana yang best, Budiey jawab, semua kopi Budiey suka. Semua sapu.

Jadi, kalau setiap kali bertandang ke restoran OLDTOWN for sure Budiey akan order kopi Hazelnutnya yang penuh berkrim dengan rasa kacang tu kan. Tapi realitinya, bukan selalu boleh berbuka di restoran jadi memang baguslah sekarang dah ada OLDTOWN White Coffee 3in1 Hazelnut. Budiey dah boleh berbuka sendiri kat rumah pekena kopi ni.

OLDTOWN White Coffee

Ramai kawan-kawan yang bertanya kepada Budiey, apa yang best sangat dengan OLDTOWN White Coffee 3in1 Hazelnut. Jawapan yang boleh Budiey berikan ialah rasa enak kacang hazelnut yang kaya dan aroma kopi yang mengkagumkan. Perghhh… ayat… bikin leleh je, kan?

Bukan Budiey je yang berpendapat macam tu, semua yang dah cuba akan cuba lagi dan sekarang dah jadi kegemaran pun. Pendek kata, kesedapannya tu boleh kalah kopi di cafe popular tu kan. Rasa keharuman kopi penuh lemak yang beraroma dan menyejukkan tekak. Selain menambahkan tenaga, rasa lemak susu lebih ketara dari kopi.

Kalau boleh nampak kat dalam gambar ni, satu sachet tu memang banyak. Boleh muat satu mug besar. Tidak kiralah minum panas dan sejuk, memang kaww. Rasa hazelnut sangat seimbang dengan white coffee. Dan yang paling penting perasa original tu datang dari Ipoh, Perak di mana white coffee secara tradisional mulai dicipta.

Bagi mereka yang sukakan rasa hazelnut, ini jawapannya.

OLDTOWN White Coffee

Sebut sahaja OLDTOWN White Coffee 3in1 Hazelnut, ramai yang sudah terbayang OLDTOWN White Coffee kan? Bukan apa, dah jadi trend zaman ini, duduk bersembang sambil minum secawan kopi. Apa agak magiknya, tapi secawan kopi dan sekeping cheesecake ada kalanya boleh tahan sampai tiga jam.

Sekarang dah berubah sebab kopi seperti ini dah ada 3in1 dan kita boleh sediakan di rumah. Tak payah bersusah nak pergi cari kat luar lagi dah. Boleh bancuh sendiri buat kat rumah je.

Tak rugi kalau nak cuba kelazatan kopi OLDTOWN White Coffee 3in1 Hazelnut ni. Korang boleh beli kat mana-mana pasaraya atau mana-mana kedai runcit.

Info lanjut layari: www.oldtown.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trailer & Sinopsis Filem JEJAK WARRIORS

Qa’rabah Lancar Muzik Video Lagu TAUBAT