Hal tersebut dimaklumkan sendiri oleh Alif menerusi hantaran di Instagram dengan memuat naik paparan skrin panggilan video dengan datuknya yang kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Menerusi perkongsian yang dibuat selebriti serba boleh itu, datuknya yang mesra disapa Pakwan sudah berusia 91 tahun dan sedang berjuang bersama-samanya melawan Covid-19.
Oleh itu, dia meminta agar orang ramai dapat sama-sama mendoakan kesejahteraan Pakwan supaya boleh kembali sihat seperti sedia kala.
Disamping itu, Alif Satar turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan petugas kesihatan yang menjaga ahli keluarganya serta semua pesakit Covid-19 di hospital dengan baik dan pastinya jasa mereka sangat besar buat negara.
Semoga Pakwan Alif cepat sihat dan didoakan seluruh ahli keluarga pengacara itu serta semua pesakit Covid-19 diberi kesembuhan secepatnya.