Namun setelah berbincang, Ifa Raziah tidak mengambil suntikan vaksin berkenaan kerana ianya bukan jenis Pfizer.
Jelas Ifa Raziah, dia bukannya saja-saja tak ambil vaksin berkenaan tetapi merasakan Pfizer lebih sesuai dengan dirinya yang mempunyai masalah kesihatan serta alami alahan.
Selepas itu, semalam, Ifa Raziah ada muatnaik satu foto yang mengatakan ada beberapa hospital yang telah call dan offer vaksin Pfizer kepadanya.
Ini pula caption yang ditulis olehnya di gambar berkenaan.
“Siapa yang nak kena cucuk injection atau tak nak kena cucuk, itu terpulanglah pada masing-masing tuan punya badan.”
“Kedua-duanya akan pergi buat selamanya juga jika ajal dah sampai. Tapi kalau tak nak ambil, janganlah nak jadi kaki cucuk pula.”
“Paling penting, Miss Diva bukannya mengada-ngada tak nak kena cucuk hari tu, namun doktor yang tak bagi kena cucuk.”
– Ifa Raziah
Di ruangan komen ada netizen yang berkata dia dah lama register masih belum dapat lagi appointment.
Ini komen Ifa: “Saya dah register sejak dari bulan March tapi tak dapat juga nak kena cucuk.”
Cik Siti pula menulis komen: “Wah hebat sangat ni, memang tak ada yang paling hebat selain dari Miss Diva Ifa Raziah.”
Memang bertuah betul Ifa Raziah, dah dapat suntikkan Pfizer selepas ini. Apa yang penting, Ifa Raziah akan terima suntikan, sama-sama kita berjuang untuk banteras tersebarnya virus ini. Kepada yang belum register tu, silalah register ya.