in , ,

Bersama Dengan Rindu, Lagu Patah Hati Diana Danielle Selepas Bercerai

Setiap pasangan yang bercinta atau berumah tangga pasti akan melalui pasang surut dalam kehidupan. Sama ada mampu bertahan atau tidak, itu menjadi pertimbangan mereka bagi mengekalkan keutuhan cinta dibina.

Apa yang pasti juga, setiap pasangan itu mahukan mereka saling dicintai dan dihargai. Melalui setiap detik kehidupan, suka, duka, tawa, riang dan gembira adalah bersama. Namun, sekali hatinya terluka, belum tentu mampu diubati.

Itu gambaran situasi yang ingin disampaikan penyanyi Diana Danielle menerusi single terbaharunya berjudul Bersama Dengan Rindu (BDR). Lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Ezra Kong itu di bawah terbitan syarikat rakaman, Universal Music Malaysia.

Bersama Dengan Rindu, Lagu Patah Hati Diana Danielle Selepas Lapan Tahun Menyepi?

Diana berkata, dia memilih untuk muncul dengan single BDR yang berkonsepkan ‘patah hati’ selepas lapan tahun tidak melancarkan lagu baharu.

“Lagu Bersama Dengan Rindu ini adalah hasil ciptaan Ezra Kong. Ini juga lagu Bahasa Melayu pertama saya yang dikeluarkan di bawah Universal Music Malaysia. Selepas lapan tahun tak keluarkan lagu Bahasa Melayu baharu, saya memilih untuk keluarkan lagu BDR ini sebab saya sukakan melodi dan lirik.

“Lagu ini menceritakan mengenai cinta yang semakin lama semakin jauh atau renggang. Ia menggambarkan perasaan perit apabila kehilangan orang yang dicintai dan harapan yang masih ada walaupun ditinggalkan,” katanya.

Bersama Dengan Rindu, Lagu Patah Hati Diana Danielle Selepas Lapan Tahun Menyepi?

Menurut Diana, proses rakaman lagu dan video muzik (MV) juga berjalan lancar biarpun berdepan cabaran iaitu terpaksa membuat rakaman semula MV.

“Dari segi proses rakaman lagu, ia sangat lancar dan laju. Saya rakam dalam masa kurang dua jam. Ezra pun sangat cekap dan profesional. Dalam masa sama, saya pula banyak perlukan ‘guide’ dan bantuan.

“Macam proses rakaman MV, hanya ambil masa sehari. Jalan cerita pun ‘straight forward’ saja dan produksi pun agak ‘simple’. Semua lancar. Saya pula dah pernah bekerja dengan mereka sebelumnya, jadi saya yakin dengan mereka.

“Cuma, kita berdepan sedikit cabaran yang mana atas beberapa sebab kita terpaksa buat penggambaran semula MV, tapi ia bukan masalah besar. Ikutkan lagu ini dilancarkan beberapa bulan lebih awal. Disebabkan ada sedikit pertukaran itu yang baru dapat lancarkan sekarang. Apa yang berlaku semuanya bersebab dan MV pun menjadi lebih baik,” katanya.

Mengenai konsep MV yang ditampilkan, Diana berkata ia mengenai seseorang yang patah hati.

“Saya pula memang suka lagu begini, jadi sebab itu saya nak keluarkan lagu sedih. Jalan cerita memaparkan pasangan yang awalnya gembira, tapi lama kelamaan lelaki itu semakin jauh, ambil kesempatan dan terus menghilang.

“Tapi walaupun saya suka lagu sedih, saya tak suka pengakhiran yang terlalu berat sebelah, saya perlu letakkan sedikit keadilan. Jadi, dalam MV ini di hujungnya ada ‘plot twist’ yang mana perempuan tu tidak terus menunggu tapi terus move on. Biarpun lelaki itu cuba kembali, tapi perempuan itu tetap dengan pendiriannya,” katanya.

Bersama Dengan Rindu, Lagu Patah Hati Diana Danielle Selepas Lapan Tahun Menyepi?

Pastinya, Diana berharap lagu Bersama Dengan Rindu itu dapat mengubati hati mereka yang dalam fasa patah hati.

“Harapan untuk lagu, saya hanya harap peminat dapat terima saya sebagai penyanyi. Sebab orang lebih mengenali saya sebagai pelakon. Harapnya semakin ramai orang boleh dengar dan ‘enjoy’ dengan lagu ini.

“Saya pun harap lagu ini dapat mengubati hati mereka yang dalam fasa patah hati, merindukan seseorang atau masih meletakkan harapan pada seseorang. Saya juga harap suatu hari nanti dapat membuatkan orang ketawa dan menangis dengan lagu serta ‘enjoy’ perjalanan muzik saya,” katanya.

Jangan lupa untuk mendengar dan melanggan lagu Bersama Dengan Rindu terbitan Universal Music Malaysia di semua platform muzik digital yang sudah pun dilancarkan sejak 4 Ogos lalu.

Sementara MV Bersama Dengan Rindu yang dilancarkan 4 Ogos, sudah mencecah lebih 150,000 tontonan di saluran YouTube Diana Danielle.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ISM Bakal Lahirkan 300 Pemimpin & Usahawan Muda Setiap Tahun

YONNYBOII

Yonnyboii Padam Semua Gambar di Instagram, Adakah Ini Satu Gimik?