in

Bermalam di Hotel CaPITOL Bukit Bintang Kuala Lumpur

Kuala Lumpur memang terkenal sebagai salah sebuah bandaraya yang paling pesat membangun di Asia. Dengan arus kemodenan yang wujud di samping nilai-nilai tradisional masyarakat berbilang kaum, KL menawarkan pelbagai tarikan menarik di tengah kota di antara pusat-pusat komersial yang ada.

Dan untuk menikmati tempat-tempat ini, pasti ramai pelancong yang tercari-cari penginapan di kota ini. Gara-gara pembangunannya yang pesat, KL tidak pernah lekang dari pelbagai pilihan hotel untuk pengunjungnya. Di antara hotel yang sesuai buat para pelawat yang menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur adalah Hotel CaPitol.

Hotel Capitol

Hotel ini merupakan salah satu daripada beberapa hotel di bawah pengurusan serta syarikat Federal Hotels International. Ia berada di pusat kota KL di kawasan popular Bukit Bintang dan menyediakan bermacam-macam kemudahan yang diperlukan oleh para tamu yang mungkin datang untuk melancong atau urusan perniagaan. Dengan konsep moden serta minimalis, Hotel CaPitol mempunyai 225 bilik yang terdiri dari pelbagai kategori.

Namun bilik-bilik yang teristimewa di sini adalah sepuluh buah bilik khas yang dikenali sebagai ’10Rooms’. Terletak di tingkat 19 dan 20, bilik-bilik ini mempunyai senireka dalaman yang unik dan kontemporari. Berbeza dari bilik-bilik lain di hotel ini, bilik-bilik 10Rooms mempunyai ruang yang lebih besar serta menawarkan pemandangan yang cantik dari jendela bilik.

Berbekalkan kemudahan wifi dan pemandangan ke arah pusat keramaian kota, hotel ini turut menyediakan 4 bilik mesyuarat yang dapat memuatkan 10 hingga 100 orang untuk hal-hal lain.
Yang pasti, ia juga mempunyai dua buah restoran bernama Cafe Rasa di tingkat bawah serta Be Be’s Kitchen & bar yang menawarkan sajian terbaik termasuk variasi menu makanan Malaysia serta antarabangsa.

Dengan lokasinya yang strategik di pusat kota dan bersebelahan gedung elektronik tersohor KL, iaitu Plaza Low Yat, para tamu yang menginap di sini dapat melangkah dengan mudah ke pusat membeli-belah, tempat-tempat pelancongan, stesen Monorel dan macam-macam lagi. Semuanya berada dalam lingkungan yang tidak terlalu jauh dari hotel ini. Ia sangat sesuai dan praktikal buat mereka yang mahukan tempat penginapan yang bersih, dekat dan mempunyai harga berpatutan.

Sekiranya ketiga-tiga faktor ini menjadi keutamaan bagi anda untuk bercuti iaitu lokasi, kemudahan dan kawasan utama Bukit Bintang maka hanya satu perkara sahaja yang perlu anda lakukan. Hubungi CaPITOL Hotel dan buat tempahan anda.

Hotel Capitol

Hotel Capitol

Hotel Capitol

Hotel Capitol

Mengenal KL dengan Bermalam di Hotel CaPITOL Bukit Bintang Kuala Lumpur
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teruja Peminat Ed Sheeran Sejam Sebelum Konsert Ed Sheeran

CINTA TERBAIK Uji Kemampuan Syed Shamim