RTM menawarkan pilihan tayangan program-program terbaik dalam menghayati dan mengimarahkan bulan Ramadan menerusi tiga saluran utama TV1, TV2 dan TV Okey begitu juga program yang bersiaran menerusi 34 stesen radio RTM seluruh negara.
Saluran utama TV1 menyediakan pengisian program kerohanian dan keagamaan menerusi Tadarus Al-Quran, dua kali sehari iaitu pukul 12.30 tengah malam dan pukul 4.30 pagi dan kembali bersiaran Siaran Langsung Solat Sunat Tarawih Dari Mekah bersiaran pukul 2.00 pagi.
Seterusnya RTM mengekalkan siaran program dokumentari “Syadahah” yang memasuki edisi ke-16, dengan menjanjikan pendekatan lebih segar dan dekat di hati seluruh rakyat Malaysia. Mengangkat tema Hijrah: Pendekatan Kandungan Islamik dan Perspektif Komuniti Etnik Di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, ikuti siarannya mulai 3 April 2022, pukul 6.30 petang (siaran ulangan pukul 4.30 pagi) di TV1, pukul 8.30 malam (siaran ulangan pukul 1.30 tengahari) di Saluran Berita RTM dan pukul 9.30 malam di TV Okey.
Saksikan siaran langsung program bual bicara interaktif, “Borak Dulu Baru Buka #barakahnyadisini”, mulai 2 April 2022, pukul 7.00 petang sepanjang bulan Ramadan yang mengekalkan hos tetap Amin Idris disamping tetamu undangan yang menampilkan asatizah yang berkreadibiliti mengupas topik pilihan berkaitan Ramadan, motivasi, kerohanian dan kesihatan.
Dua drama bersiri terbaik mulai 3 April 2022 mengisi slot Widuri, “Aku Pilih Bahagia” (setiap hari, pukul 3.05 petang), dan slot Sitrus bertajuk “Kerana Hafsanya Cinta” (setiap hari kecuali Jumaat, pukul 12.05 tengah hari). Aku Pilih Bahagia lakonan Emma Maembong, Alvin Chong, Dato’ Fizz Fairuz, dan Bella Dally, mengisahkan watak tiga wanita yang berdepan masalah rumah tangga namun mereka nekad memulakan kehidupan baru. Manakala konflik dalam Kerana Hafsanya Cinta pula kisah liku rumah tangga dihadapi Delaila (Mona Ellen) dan Ali Syukri (Azrel Ismail) yang bertemu kembali setelah 12 tahun terpisah.
Peminat Panggung RTM nantikan telefilem eksklusif disiarkan setiap Sabtu, pukul 9.00 malam iaitu 3 Hari (9 April), Doa Untuk Adik (19 April), 40 Hari (23 April) dan Rumah Di Hujung Jalan (30 April).
Ikuti juga siaran program majalah motivasi mulai 2 April lalu iaitu Ar-Rayyan disiarkan setiap hari kecuali Jumaat, pukul 1.30 petang, dan Insyirah, Sabtu dan Ahad, pukul 2.00 petang yang membawa penonton membina kekuatan diri dalam kehidupan seharian.
Turut disediakan buat penonton cilik setiap Sabtu dan Ahad program Rehal Adik, pukul 4.05 petang diikuti majalah keibubapaan iaitu Budak Baru Belajar, pukul 4.30 petang.
Saluran TV2 melalui program terbitan Unit Hiburan TV pula menghadirkan persembahan dakwah dalam hiburan yang mendidik dan menyampaikan mesej kerohanian dibawakan dalam empat episod program Konsert Minggu Ini, Sabtu, pukul 9.00 malam yang menampilkan artis terkenal iaitu Inteam (9 April), Mirwana (16 April), dan Hafiz Hamidun (30 April).
Dakwah dalam hiburan secara santai diteruskan dengan program Ihya Ramadan mulai 9 April ini, setiap Sabtu, pukul 4.00 petang menampilkan artis Haqiem Rusli, Aris Ariwatan, Ernie Zakri, Lah Ahmad, Khai Bahar, Ustaz Don Daniyal, Wani Hasrita, Naim Daniel, Raihan dan Zizi Kirana.
Bersama hos Nen Tebabo dalam program Ronda-Ronda Ramadan terbitan bersama Unit Hiburan TV dan Unit Majalah dan Dokumentari RTM mulai 4 April ini, Isnin hingga Jumaat, pukul 6.30 petang menjelajah seluruh negara mencari makanan yang viral dan popular untuk berbuka puasa dan sahur. Turut diundang cef berkaliber dan artis jemputan pilihan.
Santai bersama program sitkom Apartmen Putra mulai 16 April ini, Sabtu dan Ahad, pukul 6.00 petang lakonan Joey Daud, Syafie Naswip, Along Cham, Reen Rahim, dan Eric Fuzi. 13 episod program ini terbitan Unit Drama TV RTM.
Saksikan juga travelog Islamik, Musafir yang mengetengahkan Mawi sebagai hos sedang bersiaran Isnin hingga Sabtu, pukul 9.30 pagi diikuti tiga drama bersiri Leon Zalika, setiap hari, pukul 5.00 petang, Selumbar Kasih (sedang bersiaran setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 8.00 malam), dan Cerita Ramadan Hazim (mulai 3 April lalu, Isnin hingga Sabtu, pukul 9.00 pagi).
Sementara itu TV Okey menyantuni penonton setia salurannya dengan drama bersiri baharu 26 episod, Imamku Okey menggandingan pelakon utama Ashraf Muslim dan Sharifah Husna. Turut berlakon Ozlynn Wati, Didie Alias, Liza Abdullah dan Aidil Aziz. Drama menarik ini menemui penonton setiap Selasa hingga Sabtu, pukul 2.30 petang.
Menyusul program baharu iaitu majalah masakan, Dapur Latino mulai 4 April, Isnin hingga Rabu, pukul 11.30 pagi bersama hos Cef Nik Micheal memasak pelbagai jenis masakan Latin Amerika bersama personaliti tempatan. Program majalah Gaya Hidup pula disiarkan mulai 7 April, Khamis hingga Sabtu, pukul 11.30 pagi dimana Zizi Kirana bersama selebriti undangan berkongsi kisah dan pengalaman tentang karier juga persiapan awal Ramadan masing-masing juga saksikan program Masak Sana-Sini disiarkan setiap Sabtu hingga Selasa, pukul 4.30 petang menerokai pelbagai jenis masakan serata negeri bersama selebriti tempatan.
Saluran sama turut menyiarkan antaranya program majalah bual bicara Steady, Versus, Sinaran Rohani, Qudwah, Fresh Brew, Eksplorasa Thai Yogya, Risik-Risik Resipi Ramadan, dan Cuit-Cuit Che Ta.
RADIO
Sedekad melaksanakan misi mengimarahkan Ramadan dengan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR), program “Jelajah Ramadan 2022” tahun ini kembali untuk tahun ke-10 penganjurannya. Jenama-jenama radio RTM meneruskan tradisinya dengan penganjuran Jelajah Ramadan 2022 yang diadakan di 24 buah lokasi bermula 1 hingga 27 April, yang melibatkan enam laluan. Majlis pelancaran telah pun berlangsung meriah di Angkasapuri, Kuala Lumpur dan laluan pertama melibatkan radio ibu pejabat (1 April), PERAKfm (3 April), MUTIARAfm (5 April), KEDAHfm (7 April), LANGKAWIfm (9 April) dan PERLISfm (10 April).
Diikuti laluan kedua iaitu KELANTANfm (12 April), TERENGGANUfm (14 April) dan PAHANGfm (19 April), laluan ketiga melibatkan JOHORfm (17 April), MELAKAfm (19 April), NEGERIfm (21 April), dan SELANGORfm (23 April).
Seterusnya laluan keempat di LABUANfm (20 April), dan laluan kelima iaitu SANDAKANfm (2 April), KENINGAUfm (9 April), TAWAUfm (16 April), dan SABAHfm/SABAHVfm (21 April). Laluan akan berakhir di LIMBANGfm (2 April), MIRIfm (3 April), BINTULUfm (10 April), SIBUfm (17 April), SRI AMANfm (22 April) dan SARAWAKfm (24 April). Majlis penutup siri jelajah ini diadakan di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 27 April 2022.
Di peringkat ibu pejabat, stesen-stesen radio RTM menawarkan rancangan khas dimana NASIONALfm mengudarakan program menarik penglibatan penyampai NASIONALfm & NGO menyantuni anak-anak OKU dalam program Kayuhan Sahur NASIONALfm, majlis berbuka puasa serta NASIONALfm Ambil Tahu Bersama Anak-Anak OKU.
Radio Klasik menghadirkan program istimewa iaitu Citarasa D’Klasik, Cubit-Cubit Manja (CCM), Keluarga Sakinah, Kenangan Mengusik Jiwa (KMJ) dan Nur D’Klasik.
Kelebihan bulan Ramadan dikongsikan radio berbahasa Inggeris, TRAXXfm dengan lintas langsung penyampaian sumbangan Ramadan kepada golongan yang memerlukan dalam program INFAQ@TRAXXfm, program bual bicara Health On Traxx berkongsi panduan cara mengekalkan kecergasan dan kesihatan di bulan Ramadan.
Radio AIfm pula menyiarkan program sketsa Kasih Sayang di 893, dan tiga program wawancara iaitu Kebaikan “fasting” terhadap kesihatan badan, SOP dalam tempoh Ramadan dan juadah berbuka puasa. Sementara itu MINNALfm pula tampil dengan forum Salam Sahur (Sahar Sintanai), Baabul Jannah (Suvana Paathai), dan ceramah bertajuk Sinar Ramadan.
Sementara itu ASYIKfm menyiarkan program Tazkirah Ramadan (Fitrah Ramadan), mengisahkan kemuliaan Ramadan selama sebulan dan amalan ibadat yang perlu dilaksanakan pada bulan yang penuh keberkatan, disamping menyiarkan program Irama Ramadan iaitu lagu-lagu Nasyid, Laungan Azan Maghrib. Menarik di KLfm dengan pengisian program Jelajah Ramadan @KLFM, bual bicara Borak Tengah Lapar; mengupas ibadah puasa mengikut situasi semasa secara santai dan ceramah bertajuk Al Zikra Khas.
Program-program terbitan stesen negeri RTM seluruh negara tidak kurang hebatnya termasuklah KEDAHfm menyiarkan program Dari Dapur, MUTIARAfm dengan program Mutiara Ilmu Khas Ramadan bersama penceramah bebas, Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, dengarkan Hiwar Ramadan; program bual bicara bersama tokoh-tokoh agama yang akan mengupas pelbagai topik berkaitan puasa dan Ramadan dari pelbagai sudut di SELANGORfm, dan Robuih Tak Empok Ramadan; drama kekeluargaan yang memberi tumpuan kepada isu berkenaan puasa di NEGERIfm.
Dengarkan juga program majalah; Cetusan Hikmah di KELANTANfm, seterusnya PAHANGfm berkongsi program Koi Respek Khas Ramadan; mengisahkan keunikan penghasilan produk atau makanan yang sangat istimewa pada bulan Ramadan yang jarang dijumpai sekarang.
Nantikan juga program Info Masjid; berkonsepkan perkongsian aktiviti di masjid-masjid seluruh Sabah disiarkan menerusi SABAHfm, program Hidayah Ramadan; ceramah ringkas mengenai ibadah puasa dan berkaitan dalam Bahasa Murut di KENINGAUfm, Bicara Hidayah di LABUANfm, dan penceritaan kisah-kisah Nabi di MIRIfm.