Bagaimanapun, beliau terpaksa menolak kerana berasa segan dengan pandangan masyarakat sekeliling.
“Maaf cakap saya memang ada terima tawaran jadi duta produk ubat kuat tenaga batin.
– Sabri Yunus
“Mungkin kerana saya pengantin berusia. Bagaimanapun, saya terpaksa tolak kerana saya segan.
Kalau produk nak kurangkan (tenaga batin), saya naklah (ketawa),”Â
Sementara itu, Sabri dan isterinya, Ardini Angeline Tan terharu apabila terus diraikan oleh rakan-rakan penggiat industri.
Menurut Sabri, mereka tidak pernah menyangka pernikahan mereka mendapat perhatian banyak pihak dan berminat untuk menaja majlis resepsi.
“Saya bersyukur ramai yang berminat untuk meraikan kami. Selama ini, saya ingat Allah sahaja yang sayang saya, tetapi kawan-kawan turut menyayangi saya.”
– Sabri Yunus
Sabri Yunus ditemui di majlis resepsi anjuran Persatuan Melodi Kenangan Artis Dan Penggiat Seni (Pemekar) yang berlangsung di sebuah hotel di Ampang.Â
Pada majlis itu, pasangan mempelai tampil segak dan menawan apabila menggayakan baju tradisional songket warna sedondon iaitu biru muda.
Ini adalah majlis resepsi kedua Sabri dan Angeline selepas diraikan oleh sebuah stesen penyiaran pada 17 Oktober lalu.
Pasangan ini juga bakal diraikan dalam satu lagi majlis sama pada Ahad ini.
“Ada empat lagi majlis yang ada dalam perancangan termasuk resepsi yang akan diadakan di Kelantan.
– Sabri Yunus
“Majlis itu nanti akan lebih besar dan meriah,”
Majlis resepsi Sabri dan Angeline dimeriahkan dengan kehadiran lebih 500 tetamu.
Antara yang hadir, keluarga kedua mempelai yang juga rakan seperjuangan seperti Othman Hafsham, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Patimah Ismail, Datuk Rosyam Nor, Mustapha Kamal, A Galak serta Presiden Pemekar, Amran Nasruddin.
Yang turut hadir meraikan perkahwinan termasuklah pelakon veteran Sophia Ibrahim, Roslan Madun, Mubarak Majid, Issey Fazlisham, manakala pelawak Abon bertindak sebagai pengacara majlis.
Terdahulu, pasangan berkenaan selamat dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza pada 14 Oktober lalu.