in , ,

Berita Palsu Agnez Mo Dilaporkan Meninggal Dunia di Amerika

Terbaru, kecoh di Indonesia apabila dikabarkan Agnez Mo tiba-tiba meninggal dunia di Amerika Syarikat.

Sebuah akaun YouTube memuat naik video yang menunjukkan penyanyi lagu Matahariku itu dikebumikan di Bukit San Diego.

Malah, detik proses pengebumian penyanyi Indonesia itu turut tersebar di YouTube.

Dalam video tersebut, pemilik akaun memaklumkan bahawa Agnez Mo meninggal dunia akibat berlakunya serangan di Amerika Syarikat.

Berita Palsu Agnez Mo Dilaporkan Meninggal Dunia di Amerika

Video itu juga menunjukkan banyak kereta polis di Amerika Syarikat dengan barisan polis di tempat kejadian.

Penceritaan dalam video itu juga menjelaskan bahawa serangan terhadap Agnez Mo berlaku di sebuah pusat beli-belah.

Menurut Intep Seleb, ada sumber yang menyatakan bahawa video tersebut tidak betul sama sekali kerana tidak kelihatan gambar Agnez sepanjang video itu.

Bukan itu sahaja, Agnez didapati masih memuat naik gambar di akaun Instagram miliknya. Malah, dia baru sahaja memuat naik gambarnya di Instagram.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Kalau Kongkong Ke Arah Kebaikan, Apa Salahnya?” – Sharnaaz

ANDMESH KAMALENG CONCERT

Sekitar Sidang Akhbar Andmesh Kamaleng Live In Kuala Lumpur