in , ,

Berita Mengejutkan, Alif Satar Disahkan Positif Covid-19, Mohon Maaf Buat Kontak Rapat

Penyanyi Alif Satar yang membuat persembahan pada separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam, pada Jumaat lalu disahkan positif jangkitan Covid-19.

Dua hari selepas buat persembahan di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke 35 pada Jumaat lalu, penyanyi Alif Satar menerima berita mengejutkan apabila dia disahkan positif dijangkiti Covid-19. Menerusi Instagram yang disertakan dengan foto Alif memakai pakaian hospital, beliau memaklumkan keputusan ujian saringan terbaharu yang dilakukan mendapati dia dijangkiti virus tersebut. Menurut Alif, dia reda dengan dugaan yang diberikan dan perkara utama terlintas difikiran adalah keadaan keluarganya.

Alif berkata, dia berasa terkejut apabila dimaklumkan dirinya positif Covid-19 berkenaan selepas melalui beberapa ujian saringan.

Berita Mengejutkan, Alif Satar Disahkan Positif Covid-19, Mohon Maaf Buat Kontak Rapat

“Dalam kesibukkan saya menjalani penggambaran, saya sudah melakukan beberapa ujian saringan Covid-19. Malangnya, keputusan terkini yang saya baharu saja terima hari ini menunjukkan saya didapati positif Covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan serta mendukacitakan.

“Perkara pertama apabila saya dapat dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga, isteri dan anak-anak saya, rakan-rakan di set penggambaran dan semestinya kontak rapat yang berjumpa dengan saya,” katanya dalam entri terbaharu di Instagram.

Menurut Alif, dia memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan mendoakan semua dijauhkan daripada sebarang kemudaratan.

Meskipun masih terkejut dengan berita tersebut, penyanyi lagu I Want You To Love Me ini berkata dia akan memberikan kerjasama penuh dengan pihak berkuasa bagi mengesan individu atau kontak rapat yang berhubung dengannya sebelum ini.

Malah, dia turut mendoakan agar orang ramai dilindungi daripada jangkitan virus tersebut.

Berita Mengejutkan, Alif Satar Disahkan Positif Covid-19, Mohon Maaf Buat Kontak Rapat

“Saya telah memberi nama kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kontak rapat yang saya kenal pasti dalam tempoh 14 hari.

“Saya mohon maaf atas segala kesulitan ini dan saya mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah SWT. Saya juga doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan,”

Difahamkan Alif kini menjalani rawatan dan proses kuarantin di sebuah pusat perubatan di Melaka bermula hari ini.

Jumaat lalu, menerusi SFMM35 Alif membuat persembahan menerusi lagu I Want You To Love Me ciptaan Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo dan Mike Chan.

Semoga Alif Satar tabah dan kuat menghadapi dugaan ini. Juga semoga kontak terdekat turut dipermudahkan segala urusan.

Berita Mengejutkan, Alif Satar Disahkan Positif Covid-19, Mohon Maaf Buat Kontak Rapat
Berita Mengejutkan, Alif Satar Disahkan Positif Covid-19, Mohon Maaf Buat Kontak Rapat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bukan Mudah Nyanyi Lagu AKU BIDADARI SYURGAMU, Aishah Dedah Hampir Pitam di SFMM35

Kontak Rapat Alif Satar dalam Drama PENJARA JANJI, Zulin Aziz Kena Kuarantin