in , ,

Berita Elly Mazlein Bertunang dengan Guru Geografi, Bakal Nikah 17 Januari 2020

Tahniah buat Kak Lina Pompom yang telah selamat bertunang pada siang tadi.

Berita tanggal 17 Disember 2019, penyanyi, pelakon dan pengacara popular Elly Mazlein telah selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya yang berasal dari Kelantan, bernama Mohamad Azlan, berusia 29 tahun, sekitar jam 1.10 petang tadi. Khabarnya, tunang kepada Elly Mazlein ini merupakan seorang guru yang mengajar mata pelajaran Geografi. 

Namun, Elly Mazlein yang kini berusia 39 tahun itu tetap merahsiakan wajah tunangnya dan khabarnya mahu mendedahkan wajah tunangnya itu di majlis berinai yang akan diadakan pada bulan depan. Bunyi macam kelakar tapi sebenarnya Elly Mazlein ni seorang yang manja dan romantik, Elly menggelarkan tunangnya sebagai papa awan nano.

Majlis pertunangan itu telah berlangsung dalam suasana yang sangat meriah dan penuh gemilang di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra dengan dihadiri oleh 200 orang tetamu termasuklah kedua-dua belah keluarga, teman media dan tetamu terdekat.

Siang tadi, Elly telah menerima sebentuk cincin selain lima dulang hantaran berbalas tujuh. Cincin pertunangan itu disarungkan oleh ibu Azlan, iaitu Zaitun Abdullah.

Mereka bakal dijabkabul pada 17 Januari tahun 2020 dan dalam bulan yang sama turut berlangsung majlis berinai, majlis resepsi dan majlis menyambut menantu di Kuala Krai, Kelantan. Dia yang anggun dalam persalinan hijau pastel rekaan Jimmy Couture bersyukur segala perancangan yang diatur berjalan lancar, sekali gus meninggalkan memori terindah buat dirinya dan bakal suami.

Majlis pertunangan yang diadakan secara tertutup ini dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak serta rakan-rakan media.

Hampir 200 tetamu yang hadir dihiburkan dengan persembahan penyanyi Indah Ruhaila dan Siti Sarah.Tidak ketinggalan pelakon Zulin Aziz juga turut menjadi pengerusi majlis berkenaan.

Elly dan Azlan berkenalan pada Ogos tahun lalu dan majlis merisik diadakan pada 19 Oktober lalu.

Elly sebelum ini, mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia, namun mereka telah bercerai pada 15 Oktober 2015. 

Sebelum ini,sebuah portal hiburan melaporkan Elly terharu apabila bakal suaminya menghadiahkan sebuah kondominium sebagai hadiah pertunangan mereka. Bukan itu sahaja, tunangnya yang dikenali sebagai Azlan turut memberikan sejumlah wang untuk membeli kelengkapan sebagai persediaan hari bahagia mereka.

PENYANYI dan pelakon Elly Mazlein, 39, selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Mohamad Azlan, 29, sekitar jam 1.10 petang tadi.

Majlis pertunangan yang berlangsung dengan meriah di Putra World Trade Center (PWTC) ini dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga dan tetamu terdekat.

Elly yang manis mengenakan persalinan rona hijau pastel itu menerima sebentuk cincin selain lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Berita Elly Mazlein Bertunang

Cincin pertunangan itu disarungkan oleh ibu Azlan, Zaitun Abdullah.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana majlis ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

“Saya berasa terharu melihat wajah-wajah kesayangan yang hadir pada hari berbahagia ini.

“Doakan agar segala urusan perkahwinan saya dipermudahkan… Insya-Allah,”

– Elly Mazlein

Majlis turut diserikan dengan persembahan penyanyi Siti Sarah dan Indah Ruhaila.

Tidak ketinggalan pelakon Zulin Aziz juga turut menjadi pengerusi majlis berkenaan.

Terdahulu, Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi sebelum ini memdedahkan dirinya berkenalan dengan jejaka Kelantan dan merancang untuk mendirikan rumah tangga tahun hadapan.

Bagaimanapun, Elly yang menggelarkan tunangnya sebagai papa awan nano masih belum mendedahkan wajahnya.

Sumber: Astro Awani

Berita Elly Mazlein Bertunang

===

PENYANYI, pelakon dan pengacara popular Elly Mazlein tetap merahsiakan wajah tunangnya, Mohamad Azlan dalam majlis pertunangan mereka yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam majlis pertunangan yang berlangsung jam 1.10 petang itu, ibu Azlan menyarungkan cincin di jari manis penyanyi lagu Atas Nama Cinta itu.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ketika ditemui berkata, dia hanya akan berkongsi wajah tunangnya itu pada majlis berinai yang akan diadakan bulan depan.

Berita Elly Mazlein Bertunang

“Dia bukanlah orang industri hiburan. Dia perlukan sedikit masa untuk membiasakan diri. Saya pun dah mula mengajaknya ke majlis-majlis untuk biasakan dengan orang-orang industri hiburan.

“Insya-Allah, saya akan perkenalkannya kepada semua menjelang majlis berinai yang akan berlangsung Januari nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Elly meluahkan rasa syukur atas kelancaran majlis hari ini.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Jadi, saya rasa sangat bahagia dapat meraikan majlis pertunangan ini dan berkongsi rasa bahagia bersama keluarga serta rakan-rakan media,” katanya.

Mereka bakal dijabkabul pada 17 Januari tahun dan dalam bulan yang sama turut berlangsung majlis berinai, resepsi dan majlis menyambut menantu di Kuala Krai, Kelantan.

Majlis pertunangan yang diadakan secara tertutup ini dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak serta rakan-rakan media.

Hampir 200 tetamu yang hadir dihiburkan dengan persembahan penyanyi Indah Ruhaila dan Siti Sarah.

Pada majlis itu juga, pihak lelaki menghantar lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak Elly.

Elly dan Azlan berkenalan pada Ogos tahun lalu dan majlis merisik diadakan pada 19 Oktober lalu.

Sumber: Berita Harian

Berita Elly Mazlein Bertunang

===

Penyanyi dan pelakon popular, Elly Mazlein, bakal melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya yang juga seorang guru, Mohamad Azlan, 29, pada 17 Januari depan.

Elly atau nama lengkapnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 39, memaklumkan perkara itu pada majlis pertunangannya yang berlangsung penuh gemilang di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, tengah hari tadi.

Dia yang anggun dalam persalinan hijau pastel rekaan Jimmy Couture bersyukur segala perancangan yang diatur berjalan lancar, sekali gus meninggalkan memori terindah buat dirinya dan bakal suami.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana majlis ini berjalan lancar seperti dirancang. Saya terharu apabila melihat wajah kesayangan turut hadir memeriahkan permulaan hari bermakna dalam hidup saya ini.

“Doakan juga semoga segala urusan kami menuju ke gerbang perkahwinan dipermudahkan Allah. Memandangkan ini perkahwinan pertama suami, saya mahu setiap majlis menjadi kenangan terindah buat kami berdua,” kata pengacara Mentor Milenia 2019 itu.

Sebagai tanda ikatan, bakal ibu mentuanya, Zaitun Abdullah menyarungkan sebentuk cincin pada jari manis penyanyi yang popular dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu.

Pada majlis yang dihadiri hampir 200 tetamu itu, pihak lelaki turut menghadiahkan lima dulang hantaran, berbalas tujuh.

Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada Indah Ruhaila dan Siti Sarah.

Terdahulu, Elly membuat pengakuan sedang dilamun cinta dengan jejaka berasal dari Kelantan dan merancang untuk mendirikan rumah tangga, tahun depan.

Dia yang menggelarkan tunangnya sebagai ‘Papa Awan Nano’ bagaimanapun, masih belum bersedia mendedahkan wajah lelaki itu dan memilih berbuat demikian pada malam berinai, bulan depan.

Elly sebelum ini, mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia, namun bercerai pada 15 Oktober 2015.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Persembahan Artis & Penyanyi Popular di Rockaway 2020

Lin Shaye & Nicolas Pesce Singgah di Kuala Lumpur Bagi Mempromosi Filem THE GRUDGE