Berdasarkan sebuah perkongsian di Instagram Story, Ayda yang bergandingan dengan adiknya, Fyna Jebat dalam program tersebut meminta orang ramai berhenti membuat parodi berkenaan persembahan Sissy dan Naim yang menerima kritikan juri, Mas Idayu.
“Kepada semua, tak kisahlah siapa pun termasuk influencer, artis sendu, hot ke tak, stop buat parody about Sissy, Naim dan Mummy (Mas Idayu). TAK KELAKAR dan TAK PERLU.
“Tak perlu ride dengan issue yang ada. Jadi minyak nak tambah api. Cari bahan dan cari lain untuk buat content or jadi terkenal. Semoga berjaya yer. Sekian terima kasih,” tulisnya.
Sementara itu, pelantun lagu Pencuri Hati ini turut memberi pesanan kepada Sissy dan Naim untuk terus bersemangat dan fokus kepada konsert Famili Duo akan datang.
“Sissy dan Naim, come back stronger. Fikir yang positive, semangat, Insya-Allah semuanya dipermudahkan,” tambahnya.
Terdahulu, kontroversi tercetus di minggu ke-6 program realiti Famili Duo berhubung nyanyian Sissy dan pasangannya, Naim Daniel semasa membawa lagu Jampi milik Hael Husaini dalam versi keroncong dikritik hebat oleh juri, Mas Idayu.
Susulan itu, ramai pihak yang mengkritik pelantun lagu Selangit itu kerana didakwa tiada empati dalam memberi komen sebagai seorang juri profesional yang telah lama berkecimpung dalam industri seni.
Dikendalikan oleh pengacara Janna Nick dan Sean Lee, rancangan Famili Duo membariskan tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.
Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.
Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.
Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.