Sebagai info, Mawar dan Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada November 2013, dan dikurniakan seorang anak bernama Wan Maryam.
Namun, hubungan mereka selama enam tahun akhirnya berakhir selepas Fizo Omar disahkan berpisah dengan Mawar pada 10 Julai 2019.
Bagaimanapun, Mawar atau nama sebenarnya Mawar Abdul Karim telah mencuri perhatian ramai selepas memuat naik sekeping gambar bersama pelakon, Ashraf Muslim.
Hantaran itu dikongsikannya di laman Instagram bersama dengan pelakon berusia 40 tahun di Mekah sehingga ramai netizen membanjiri pada ruangan komen.
Selain itu, Mawar juga telah menyertakan sebuah kapsyen dalam bahasa arab yang membawa maksud saya bukan orang ketiga.
Menerusi kapsyen berserta emoji ketawa itu, kita difahamkan situasi Mawar yang hanya sekadar bergurau dan dia bukanlah isteri ketiga bagi pelakon itu.
Selain itu, gambar tersebut juga diambil oleh mereka selepas terserempak di Mekah oleh kerana mereka berdua sedang menunaikan umrah.
Mawar beri respon terhadap kecaman netizen
Namun, gambar serta kaspyen yang dinyatakan telah disalah erti oleh beberapa netizen sehingga mereka sanggup mengecam tindakan mawar bergambar dengan Ashraf.
Meninjau pada ruangan komen, terdapat pula netizen yang mempersoalkan tindakan pemilik tudung Fareeda itu memuat naik gambar bersama suami orang.
Tidak berdiam diri, Mawar juga turut membalas komen tersebut yang mana dirinya tidak melihat berbuat perkara itu mampu menimbulkan dosa.
Kenapa kongsi gambar dengan suami orang itu?
Selain itu, terdapat juga komen daripada netizen yang menuduh Mawar sengaja memuat naik foto itu kerana ‘dahagakan’ perhatian.
Bagaimanapun, Mawar menafikan perkara itu selain menyatakan dirinya datang ke sana hanyalah ingin perhatian daripada Allah SWT.
Bagaimanapun, meninjau pada komen yang lain, rata-rata pengikutnya turut memberikan sokongan kepada Mawar serta mengecam tindakan netizen yang memerli gambarnya itu.