in ,

Berbuka Puasa di SATOO di Shangri-La Jakarta

Dengan kehadiran bulan Ramadan, ramai juga rakyat Malaysia yang suka ke luar negara untuk membeli-belah demi persiapan sebelum menjelangnya Aidilfitri. Dan di antara bandaraya pilihan sudah tentulah Jakarta, ibunegara Indonesia yang tidak terlalu jauh jika menaiki pesawat. Kala berada di Jakarta pada bulan puasa, banyak juga hotel-hotel yang menawarkan sajian iftar seperti di Kuala Lumpur, namun terdapat beberapa hotel di Jakarta yang mengungguli senarai pilihan hidangan serta menu terbaik di sana. Salah satu hotel yang dimaksudkan adalah hotel Shangri-La Jakarta yang menawarkan ajnas pilihan makanan di restoran mereka yang bernama SATOO.

Berbuka Puasa di SATOO di Shangri-La Jakarta

Shangri-La Jakarta akan membuat para tamu seolah-olah berada di Timur Tengah dengan suasana Ramadan yang dihiasi khemah-khemah indah di kawasan taman SATOO. Para tamu juga boleh bersantai sambil menikmati aneka pilihan Shisha serta kudapan Timur Tengah seperti Shish Taouk, Pistachio Baklava hinggalah Kebab Halabi. Ini diserikan lagi dengan alunan muzik Arab sepanjang malam.

Dari hanya 372,000++ Rupiah Indonesia seorang dari Ahad hingga Khamis serta 398,000++ Rupiah Indonesia seorang dari Jumaat hingga Sabtu para tamu boleh berbuka puasa dengan penuh gaya sambil menikmati pelbagai juadah Iftar yang ada di SATOO. Dari sajian Eropah , Timur Tengah sehinggalah sajian Asia yang lain semuanya ada tersedia di 12 buah stesen atau gerai berkonsep dapur terbuka.

Selain itu para tamu juga boleh membeli hamper-hamper Ramadan di SATOO Deli sebagai hadiah buat sahabat handai dan keluarga. Hamper-hamper ini datang dalam empat pakej pilihan iaitu Ketupat, Tasbih, Bulan sabit serta Sultan. Hamper-hamper Ramadan boleh didapati dari harga 688,000++ Rupiah sehingga Rp. 1,988,000++ Rupiah.

Untuk keterangan lanjut layari http://www.shangri-la.com/jakarta/shangrila/dining/seasonal-events

oleh Shah Shamshiri

Berbuka Puasa di SATOO di Shangri-La Jakarta

Berbuka Puasa di SATOO di Shangri-La Jakarta

Berbuka Puasa di SATOO di Shangri-La Jakarta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CYRILL HASSAN

Gabungan Lama & Baru di Hotel PortoBay Liberdade Lisbon

TV2 Siar Filem Klasik THE MAN WITH THE GOLDEN GUN