Kalau korang masih mencari tempat yang best, enak lazat dan yang paling penting harga dia tahap orang kata harga rahmah, jom Iftar bersama Rasa Rosz! Diorang ada promosi yang sangat berbaloi, kat AEON Big, Wangsa Maju.
Confirm lah makanan dia sedap gila, pastu tempatnya pun chill habis. Parking senang cari, murah pulak tu, plus ada surau lagi.
Jangan risau atau pening kerana Restoran Rasa Rosz, yang terletak di Lot G-05- 06, AEON Big, Wangsa Maju. Turut menyediakan juadah berbuka puasa menerusi set promosi Jom Iftar bersama Rasa Rosz dengan harga yang amat berpatutan.
Tempat ni memang best, suasana dia bersih, sejuk nyaman, sesuai sangat untuk berbuka puasa dengan family dan kawan-kawan. Budiey dah cuba pergi dan merasai juadah berbuka yang disediakan semasa prebiu untuk media hari tu. Budiey rasa berbaloi lah kan. Dan tambahan pula, diorang ada pelbagai jenis set hidangan berbuka puasa, memang perfect lah!
SET A RM38.00 PER PAX
“Set jom iftar yang kami sajikan ialah Set A berharga RM38.00 untuk 1 pax. Hidangan ini didatangkan bersama nasi putih dengan acar jelatah, keropok sayur, sambal belacan dan pilihan Masak Lemak Cili Padi Ayam atau Asam Pedas Ayam.
Pembuka selera pula, cucur udang dan tauhu bergedil ayam akan dihidangkan bersama kuih-muih, pencuci mulut dan pilihan minuman air kathira, air jagung dan air keladi.
SET B RM55.00 PER PAX
“Set B pula berharga RM55.00 untuk 1 pax. Hidangan berupa nasi putih dengan acar jelatah, keropok sayur, sambal belacan bersama pilihan lauk Crispy Buttermilk Chicken, Ayam Percik Rasa Rosz atau Udang Harimau Masak Lemak Nenas.
Jangan lupa ada Cucur udang dan tauhu bergedil ayam akan dihidangkan bersama kuih -muih, pencuci mulut dan pilihan minuman air kathira, air jagung dan air keladi.
SET C RM78.00 FOR 2 PAX
“Sesuai untuk dinikmati 2 orang. Didatangkan bersama nasi putih dengan acar jelatah, keropok sayur, sambal belacan.
Pilih satu lauk Crispy Buttermilk Chicken, Gulai Kawah Tulang, Ayam Percik Rasa Rosz atau Asam Pedas Tulang. Cucur udang dan tauhu bergedil ayam dihidangkan bersama kuih muih, pencuci mulut dan salah satu pilihan air minuman.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan set promosi Jom Iftar bersama Rasa Rosz yang bakal dinikmati pada harga yang berpatutan.
EARLY BIRD
Jangan lepaskan peluang menikmati diskaun 5% yang ditawarkan pada mereka yang menempah sebelum 10 Mac ini.
Restoran Rasa Rosz menghidangkan sajian lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion. Antaranya Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fetucini,
Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Garing, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.
Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk Thailand yang halal.
Mereka yang ingin mencuba dan merasai keenakan makanan yang disediakan oleh Restoran Rasa Rosz. Untuk tempahan meja boleh menghubungi talian 013-8082772 (call/whatsapp).