in , ,

“Beraninya Awak!, Kifarah itu ada,” – Puteri Sarah Liyana 

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, mengingatkan suaminya  juga pengarah filem sensasi, Syamsul Yusof, 39, bahawa ‘kifarah’ itu ada, lebih-lebih lagi apabila membuatkan ibu bapa menitis air mata melihat permasalahan dibuat anak-anak.

Puteri Sarah dalam hantaran di Instagram Story memaklumkan, mentuanya bukan hanya sekadar ibu bapa kepada suami, namun ‘darjat’ mereka adalah umpama ibu bapanya sendiri.

“Datuk Yusuf Haslam is like my own father (umpama bapa saya sendiri) Bukan lagi bapa mentua tapi macam bapa kandung sendiri. Bukan sekali dua, papa cries because of you (menangis kerana awak). Berkali-kali. How dare you! (Beraninya awak!)

“Jangan jadi anak yang derhaka, even you made your mom cry (malah awak buat ibu awak menangis). Ketawalah belah sana, ketawalah. Kifarah itu ada. 

“Insha Allah Sarah pergi umrah 26 Januari ini. Sarah akan doakan kebahagiaan mama dan papa. Sarah tak bahagia tak apa, i can heal on my own (saya boleh sembuh sendiri), tapi jangan mama dan papa tak bahagia, tulisnya.

Terdahulu, Yusof yang juga penerbit filem dan drama menitiskan air mata ketika ditemubual Melodi TV3 berhubung permasalahan rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah termasuk perkahwinan kedua anaknya itu.

Pada Jumaat lalu, Syamsul menerusi video yang dimuat naik di Instagram membuat pengumuman mengesahkan dia sudah berkahwin kali kedua dengan wanita pilihan hatinya, Ira Kazar di Thailand pada hari itu.

Majlis akad nikah pasangan itu diwalikan sendiri oleh bapa Ira iaitu pelakon veteran, Kazar Saisi.

Sebelum ini, kemelut rumah tangga Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah menjadi perhatian industri seni sejak tahun lalu selepas pendedahan Sarah berhubung tindakan undang-undang perlu diambilnya berikutan dakwaan gangguan rumah tangga oleh ‘orang ketiga’.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ARUMA

Aruma Lancar Single Pertama Berjudul Muak, Penat Dengan Janji Palsu? 

Drama Romantik Komedi Filipina Berjudul The One That Got Away