Bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia dan guru vokal terkenal, Cikgu Shafi akan mengadakan Bengkel Vokal Bersama Cikgu Shafi pada 3 Disember 2011 di Bentley Auditorium, The Curve Damansara. Yuran yang dikenakan hanya RM100 sahaja.
Kepada pembaca budiey.com yang nak belajar asas vokal, bolehlah menghubungi 013-3064530 atau 016-2396436
Muzik juga dapat mencungkil bakat generasi muda yang sekaligus membina keyakinan kental dalam diri. Ianya juga dapat membina modal insan belia remaja yang bersatu padu, berdisplin, berkemahiran, aktif serta mengamalkan gaya hidup berkualiti.
Nyanyian merupakan aktiviti yang popular dijalankan oleh seseorang individu atau berkumpulan samada secara amatur ataupun professional berbanding dengan lain lain aktiviti muzik. Ini adalah kerana aktiviti nyanyian tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dari segi peralatan muzik dan juga lebih mudah mendapatkan penyertaan generasi muda di samping keperluan masa latihan yang agak singkat.
Matlamat Bengkel Vokal ini diadakan adalah untuk membolehkan belia mempunyai displin dalam membuat persembahan dan menikmati muzik kearah membantu pembentukan insan yang mempunyai emosi, kreatif dan inovatif.
Selain dapat membangunkan watak dan imej diri dengan penerapan nilai-nilai positif, ia juga dapat memberi perluasan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik golongan muda. Memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi melalui nyanyian/persembahan. Memupuk displin dan semangat kerjasama di kalangan belia. Memperkembangkan bakat golongan muda
Meningkatkan mutu kemahiran diri.
Terbuka kepada semua khususnya pelajar muzik, penyanyi,ahli koir, Ahli- Ahli Persatuan, Badan-badan Kerajaan dan Penggiat seni
INTIPATI SEMINAR
- Apa Itu Suara?
- Mekanisma Vokal
- Mekanisma Penyokong Bunyi/Sistem Pernafasan Mekanisma Pengeluar Bunyi
- Mekanisma Penghasilan Perkataan/ Sistem Penyebutan Postur, Kedudukan Dan Keadaan
- Pernafasan Ketika Menyanyi
- Mewujudkan Ton
- Mengawal “Register†Anda Gema Dan Lontaran Suara Kedudukan Suara