[dropcap]E[/dropcap]daran Tan Chong Motor (ETCM) telah membawakan ‘Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan oleh Nissan’ ke wilayah Timur, dengan sesi pertamanya berlangsung di Hotel Zenith, Kuantan, Pahang. Bengkel selama setengah hari itu memberikan nasihat-nasihat dan tip-tip berguna berkaitan keselamatan di jalan raya dengan fokus kepada bagaimana untuk bertindak sekiranya bertembung atau terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Pada sesi tersebut, para peserta ditunjukkan dengan contoh-contoh situasi berbahaya yang boleh mengancam nyawa, berdasarkan kepada kejadian kemalangan jalan raya sebenar. Jadi, mereka akan lebih bersedia jika berdepan dengan situasi sedemikian. Mereka juga diajar bagaimana untuk memberikan bantuan kecemasan sewaktu keadaan genting yang kadang-kala boleh membezakan di antara soal hidup atau mati.
Keluarga Nissan berprihatin: Foto sekeluarga Nissan yang terdiri daripada peserta-peserta dan penganjur ETCM selepas berakhirnya ‘Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan’.
Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ David Chen berkata
“Kami mahu memastikan bahawa para pelanggan kami dan keluarga mereka sentiasa selamat di jalan raya. Justeru, kami berharap pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dalam bengkel ini mampu membantu mengelakkan kemalangan jalan raya daripada berlaku, atau dapat menyelamatkan nyawa.â€
Bengkel itu adalah sebahagian daripada Kempen Keselamatan Peribadi Nissan. Ia diadakan bagi membantu mendidik dan meningkatkan kesedaran sewajarnya jika para peserta berdepan dengan keadaan yang tidak diduga. Mereka yang menghadiri bengkel tersebut pasti lebih tahu tentang bagaimana untuk mengelak kemalangan dan bertindak balas apabila berlakunya kemalangan.
Hanafidhiyah, 24, salah seorang peserta berkata,
“Pada mulanya, saya tidak tahu apa yang harus diharapkan daripada Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan kerana ini merupakan kali pertama menghadiri bengkel ini. Walau bagaimanapun, saya berasa gembira menghadiri sesi ini kerana bukan sahaja saya berjaya mendapat tips memandu keselamatan yang efektif tetapi juga mempelajari cara-cara untuk bertindak apabila berhadapan dengan kemalangan jalan raya dan jenayah. Saya terdengar Nissan akan mengajurkan ‘Bengkel Ikhtiar Hidup di Bandar’ yang telah direka khas untuk wanita. Saya pasti akan menghadiri sesi yang akan datang ini.”
Carmen Gan, 33, antara seorang perserta berkata,
“Dengan menghadiri bengkel ini untuk kali pertama, saya telah dilengkapi dengan tips memandu secara selamat bagi mengelakkan diri daripada berlakunya kemalangan jalan raya. Saya telah belajar beberapa perkara yang harus diambil berat bagi seorang pemandu wanita seperti saya seperti menyimpan alat-alat yang sesuai, contohnya tukul keselamatan dan alat pemadam api mudah alih di dalam kereta sekiranya berlaku kemalangan jalan raya, untuk sentiasa berwaspada, berprihatin dan sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.”
Untuk pertama kalinya pada tahun ini, ETCM akan membawakan ‘Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan’ kepada para pelanggannya di Sabah dan Sarawak. Ini menjadi bukti bahawa para pelanggan Nissan di seluruh Malaysia semuanya adalah sebahagian daripada keluarga Nissan.
Sesi ‘Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan’ seterusnya akan diadakan pada 15 dan 22 Jun 2013 di Hotel Ming Garden, Kota Kinabalu dan Hotel Grand Margherita, Kuching.
Pendaftaran untuk Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan adalah PERCUMA, berdasarkan kepada ‘siapa cepat dia dapat’. Para pemilik kenderaan Nissan yang ingin menyertai bengkel ini boleh menghubungi Jabatan Perhubungan Pelanggan ETCM di talian: 03-4047 8788 atau hantarkan permohonan ke alamat e-mel: [email protected]. Layari laman web Nissan: www.nissan.com.my untuk maklumat lanjut.
Mengenai Tan Chong Motor Holdings Berhad
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) merupakan sayap jualan dan pemasaran kenderaan Nissan di Malaysia. Pada tahun 1957, Tan Chong Motors dilantik sebagai pemegang francais kenderaan Nissan/Datsun di Malaysia. Nissan/Datsun kemudian menjadi jenama paling laris dalam negara pada tahun 1970. TCMH disenaraikan dalam Bursa Malaysia Securities Berhad pada tahun 1974. Secara prinsipnya, Kumpulan terlibat dalam proses pemasangan dan pengedaran kenderaan. Untuk melengkapkan perniagaan auto TCMH, ia menyediakan rangkaian perkhidmatan yang lengkap seperti perkhidmatan selepas jualan kenderaan, pembiayaan sewa beli, pajakan, insurans dan pinjaman peribadi kepada para pelanggannya di ASEAN.
Wajah gembira: Hanafidhiyah Rahim, 24 dan Carmen Gan, 33 adalah antara peserta yang menghadiri ‘Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan’ yang telah berlangsung di Hotel Zenith, Kuantan baru-baru ini. Mereka berasa gembira kerana berpeluang menghadiri bengkel ini yang telah memanfaatkan mereka dari segi keselamatan diri dan jalan raya.
Demonstrasi keselamatann diri: Kapten K. Balasupramaniam (kiri), pengasas Malaysian Volunteer Fire & Rescue Association (MVFRA) mendemonstrasikan tip-tip keselamatan diri ke atas seorang peserta.
Menyelamatkan nyawa bersama: Say Teck Ming, Ketua Perniagaan (Utara), ETCM (kiri) dan Kapten K. Balasupramaniam berdiri bersama semasa ‘Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan’ yang telah berlangsung di Hotel Zenith, Kuantan.