in

Bengkel Ikhtiar Hidup di Bandar untuk Pemilik Nissan Wanita

[dropcap]E[/dropcap]daran Tan Chong Motor (ETCM) baru sahaja memulakan Bengkel Ikhtiar Hidup di Bandar yang diadakan khas buat pemilik kereta Nissan wanita. Bengkel ini bertujuan melengkapkan mereka dengan pengetahuan sewajarnya mengenai bagaimana untuk melindungi diri apabila berdepan situasi berbahaya atau ancaman jenayah.

Sewaktu sesi Bengkel Ikhtiar Hidup di Bandar, peserta diajar dengan teknik-teknik mempertahankan diri dan tip-tip bagaimana untuk menjadi lebih berjaga-jaga ketika bergerak terutama di bandar. Mereka juga diajar bagaimana untuk bertindak melindungi diri sendiri dalam situasi kecemasan.

Ready to face the World

Sedia menangani dunia: Dato’ David Chen, Pengarah Eksekutif ETCM bersama peserta dan pihak pengurusan semasa Bengkel Ikhtiar Hidup di Bandar yang telah dianjurkan di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru baru-baru ini.

Bengkel Ikhtiar Hidup di Bandar merupakan sebahagian daripada Kempen Keselamatan Peribadi Nissan yang juga akan diadakan di G Hotel, Pulau Pinang pada 29 Jun 2013 dan hotel Royal Bintang, The Curve di Selangor pada 6 Julai 2013.

Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ David Chen berkata,

“Keselamatan dan kesejahteraan para pelanggan kami terutama golongan wanita sentiasa menjadi keutamaan ETCM. Kami harap kemahiran yang diperolehi dalam bengkel ini akan bermanfaat untuk melindungi kaum wanita daripada bahaya terutama di bandar.”

Nafjothi, 27 tahun, seorang daripada peserta berkata,

“Sebelum ini, saya kurang menghiraukan tentang persekitaran saya, tetapi selepas menyertai Bengkel Ikhtiar Hidup di Bandar yang dianjurkan oleh Nissan, ini telah memberi kesedaran kepada saya tentang betapa pentingnya menjaga diri daripada situasi yang merbahaya terutamanya pada waktu malam.”

Salah seorang peserta, Sookweii Ee, 23 tahun berkata,

“Bengkel Ikhtiar Hidup di Bandar yang dianjurkan oleh Nissan sangat memanfaatkan dan berfaedah. Saya telah berjaya menerima beberapa tip dan skil yang efektif untuk mempertahankan diri saya semasa berdepan dengan situasi yang merbahaya.”

Untuk kali pertama tahun ini, Nissan turut membawakan Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan kepada pelanggannya di wilayah Malaysia Timur. Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan yang akan dijalankan di Sabah dan Sarawak fokus kepada mengajar para peserta tentang apa yang perlu dilakukan serta bagaimana untuk memberikan rawatan kecemasan ketika berdepan situasi cemas melibatkan mangsa kemalangan jalan raya. Sesi Bengkel Ikhtiar Hidup di Jalan akan diadakan pada 18 Mei, 15 Jun dan 22 Jun 2013 di Hotel Zenith, Kuantan; hotel Ming Garden, Kota Kinabalu dan hotel Grand Margherita, Kuching.

Pendaftaran untuk kedua-dua bengkel tersebut adalah percuma, berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai mana-mana bengkel ini, sila hubungi Jabatan Perhubungan Pelanggan ETCM di talian: 03-4047 8788 atau hantar permohonan ke alamat e-mel: [email protected]

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.nissan.com.my

Dedicated to serve customers

Dedikasi untuk berkhidmat: Dato’ David Chen, Pengarah Eksekutif ETCM memberi ucapan kepada peserta-peserta Bengkel Ikhtiar Hidup di Bandar.

Participants

Dua peserta yang beruntung: Nafjothi (kiri) dan Sookweii Ee telah mendapat banyak faedah dari segi pengetahuan dan skil untuk menghadapi saat-saat cemas.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Realiti Gadis M2 Tiru American Next Top Model?

Program 3R Respek Relaks Respon Kembali di TV3