in ,

Benarkah Adi Mentor Putus Cinta?

Pulang dari London, Budiey ada terbaca tentang headlines kata Adi Mentor dah Putus Cinta. Alamak kesiannya, dah lama bercinta, dia putus macam tu je? Alahai, Budiey pun hubungi Adi… dan ternyata Budiey terkena sebab ini cuma satu gimik jek.

Adi yang telah dilamar oleh pihak RRG-e (Ramlah Ram Group Entertainment) bagi merakamkan sebuah single catchy RnB amat terharu dengan tawaran tersebut. Putus Merupakan sebuah lagi karya daripada gabungan komposer muda ID Mifzal & penulis lirik Zie Syafruddin menghasilkan sebuah lagu catchy. Adi Mentor 4 dilahirkan dalam sebuah program realiti Mentor anjuran TV3 dimana mentor beliau adalah Dayang Norfaizah. Beliau pernah mara ke peringkat akhir dengan bersaing bersama Protegi Ziana Zain iaitu Mohd.

Namun nasib tidak menyebelahi beliau. ID Mifzal sebelum ini pernah mencipta karya-karya popular seperti Sesaat Kau Datang, 5:00 minit, Cinta Gila & terbaru Rasa.

Adi Mentor

TAJUK :PUTUS
PENYANYI :ADI Mentor 4
PENCIPTA :ID MIFZAL
LIRIK :ZIE SYAFRUDDIN
PENERBIT :ID MIFZAL /KHAIRUL ANAZ/REZA RAMSEY
PENERBIT EXEC :ID MIFZAL /AMIRUL FAUZI
TERBITAN :RAMLAH RAM GROUP ENTERTAIMENT (RRG-e)

Verse 1
Kau dan aku pernah hidup bahagia,
Susah senang kita berdua harungi bersama,
Mengapa kau mendustai cinta ini,
Kau bersamanya tinggalkan aku disini,

Verse 2
Kita bersama untuk sekian lama,
Kau hancurkan hanya dengan satu kata,
Tidakkah kau menyedari hati ini,
Teramat pedih kau sakiti,

Chorus 1
Kau pergi bersama janjimu yang kau mungkiri,
Kau abaikan segala pengorbanan ini,
Kau lumpuhkan jiwaku kau main hati,
Kau berpaling tanpa ku tahu silapku,

Chorus2
Pernahkah kau fikirkan aku disini,
Berdoa dan bersabar diriku menanti,
Ku berharap ada sinar cinta datang,
Kau kembali kepadaku insan yang pernah engkau sakiti…

Verse 3
Terlalu susah untuk ku melupakanmu,
Kerna diriku terlalu menyayangimu,
Ku berharap engkau akan menyedari,
Betapa Besar rasa cintaku ini,

Verse 4
Kita bersama untuk sekian lama,
Kau hancurkan hanya dengan satu kata,
Tidakkah kau menyedari hati ini,
Teramat pedih kau sakiti,

Repeat Chorus 1
Kau pergi bersama janjimu yang kau mungkiri,
Kau abaikan segala pengorbanan ini,
Kau lumpuhkan jiwaku kau main hati,
Kau berpaling tanpa ku tahu silapku,

Repeat Chorus 2
Pernahkah kau fikirkan aku disini,
Berdoa dan bersabar diriku menanti,
Ku berharap ada sinar cinta datang,
Kau kembali kepadaku insan yang pernah engkau sakiti…

Verse 5
Bila hatimu tak dapat kembali ku milikki,
Ku berpasrah kerna aku bukan pemiliknya,
Ku berharap dia akan membahagiakanmu,
Jangan pernah kau melupakan diriku….

Repeat Chorus 1
Kau pergi bersama janjimu yang kau mungkiri,
Kau abaikan segala pengorbanan ini,
Kau lumpuhkan jiwaku kau main hati,
Kau berpaling tanpa ku tahu silapku,

Repeat Chorus 2
Pernahkah kau fikirkan aku disini,
Berdoa dan bersabar diriku menanti,
Ku berharap ada sinar cinta datang,
Kau kembali kepadaku insan yang pernah engkau sakiti…

*Solo Female
Maafkan aku membuat dirimu terluka…
Tiada niatku untuk menyakiti hatimu..
Kau dan aku ditakdirkan untuk bercinta.
Tapi bukan untuk bersama..

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mamat Sepah Kini Penyampai Radio Ultra FM

Gambar Selebriti di Party EH! 20 Yang Anggun & Disenangi 2013