Letakkan sahaja satu contoh misalannya tentang kepercayaan orang mengandung dilarang sama sekali untuk menjamah nenas. Alasan kukuh yang diberikan buah nenas dianggap tajam dan mampu membuatkan kandungan gugur. Namun adakah mitos tersebut relevan untuk diguna pakai atau sebaliknya?
Mensasarkan golongan belia bandar yang menjalani kehidupan serba moden, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan program majalah terbaharu dengan perspektif perubatan unik namun masih mengutamakan gaya hidup sihat dan terhindar daripada penyakit.
Diberi tajuk, “‘Debunking Medical Myths”, program 13 episodini telah pun mula bersiaran sejak 1 Februari lalu bersiaran setiap Isnin dan Selasa, pukul 4.05 petang di TV1 yang diyakini mampumemenuhi keperluan rakyat Malaysia moden yang sangat terdedah kepada kebanjiran maklumat perubatan yang diperolehi menerusi laman internet yang tidak dapat dibuktikan kesahihannya.
Program ini menampilkan hos Dr. Deepa Sreenivasan yang juga doktor selebriti akan mengutarakan tentang semua topik menarik dari segi perubatan dengan menjemput pakar perubatan profesional dalam bidang masing-masing sebagai sumber yang boleh dipercayai untuk berkongsi dan merungkai misteri di sebalik mitos dan cerita yang biasa diamalkan golongan tersebut.
Pada masa sama, penonton didedahkan dan dididik dengan info kesihatan dan penyakit oleh pakar perubatan undangan mengenai topik pilihan setiap episod. Penerokaan teknologi moden dalam bidang perubatan juga akan menjadi lebih bernilai dan dianggap penting dalam dunia serba maju masa kini.
Pelbagai mitos yang dikongsikan dalam program ini antaranya kebenaran tentang meminum air berlebihan bagi wanita berpantang selepas melahirkan anak (‘confinement’) tidak disyorkan, dikatakan sunblock diperlukan apabila berada di luar dan hanya remaja yang mengalami jerawat sahaja, senaman diperlukan untuk memanjangkan keadaan organ kita, dan benarkah gula penyebab hiperaktif dalam kalangan kanak-kanak?
Ketahui juga sama ada benar atau sekadar mitos meletakkan ubat gigi pada luka terbakar boleh membantu mengurangkan kesan melecur? Sama-sama kita dapatkan kepastian dan jawapan tentang perkongsian info mitos atau sebaliknya dalam program ini.