in , ,

Ben Utomo Zahirkan Sisi Sensitif Dalam IZINKAN Dengan Abraham Kevin

Ben Utomo memikirkan cinta dalam “Izinkan”, single terbaru dari artis hip-hop Indonesia ini, yang akan dilancarkan oleh Def Jam Indonesia ke semua platform digital pada 13 November 2020. Lagu ini juga menampilkan penyanyi yang makin meningkat naik, Abraham Kevin, yang mula dikenali pada tahun 2018 sebagai finalis di Indonesian Idol.

Lagu ketiga yang dikeluarkan oleh Ben sejak menandatangani kontrak dengan Def Jam Indonesia, “Izinkan” menampilkan sisi lembut rapper tersebut ditambah dengan perisa R & B yang santai, berbeza dengan sisi “Itu Selalu” yang lebih keras dan pahit manis dalam “Mama Knows”. “Izinkan” melihat Ben dalam mode romantis, di mana dia menggoda minat cintanya sambil meluahkan lirik yang penuh dengan permainan kata tetapi mudah difahami terutama ketika dia beralih antara bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dengan mudah yang mana membayangkan tempat dia membesar; di Los Angeles dan Jakarta. “Saya memilih tema ini kerana saya ingin menunjukkan sisi lain dari Ben Utomo. Sisi sensitif Ben Utomo, yang juga dimiliki oleh semua orang,” katanya. “Ini adalah kisah cinta biasa yang saya yakin ramai orang dapat kaitkan dan pernah lalui sebelum ini.”

Ben Utomo Zahirkan Sisi Sensitif Dalam IZINKAN Dengan Abraham Kevin

Lagu “Izinkan” dihasilkan oleh Leztey dengan mudah dari awal. “Saya sudah tahu saya mahu membuat lagu tetapi saya tidak tahu lagu apa. Oleh itu, saya memutuskan untuk terus ke studio dan teruskan dari sana,” kata Ben. “Sebaik sahaja saya tiba, saya langsung menemui getaran dan kami gabungkannya dalam masa beberapa jam.”

“Izinkan” juga menampilkan Abraham Kevin, bekas peserta Indonesian Idol yang turut menulis lagu dan menyumbangkan suaranya ke dalam lagu tersebut. “Saya sudah lama mengenali Kevin dan kami mempunyai rancangan untuk membuat lagu bersama-sama sekian lama, dan saya merasakan ini adalah lagu yang sempurna untuk menampilkannya,” kata Ben.

“Dia memiliki suara yang sempurna untuk menyampaikan apa yang ingin saya sampaikan dalam lagu ini. Dia benar-benar membawa jiwa dan semangatnya ke dalam kerjasama ini.

Secara keseluruhan, “Izinkan” memantapkan status Ben Utomo sebagai salah satu artis hip-hop paling serba boleh di Indonesia, dan membangkitkan keterujaan untuk album barunya yang akan datang pada tahun 2021 – tetapi penyanyi itu sendiri tetap merendah hati. “

Sebenarnya saya tidak menaruh harapan lain untuk lagu ini melainkan agar orang dapat relate dengan apa yang saya cuba sampaikan,” katanya.

Ben Utomo Zahirkan Sisi Sensitif Dalam IZINKAN Dengan Abraham Kevin

MENGENAI DEF JAM SOUTH EAST ASIA 

Pada tahun 1984, Def Jam Recordings muncul di New York City untuk mendorong budaya hip-hop ke tahap yang baru. Dalam beberapa dekad yang lalu, rumah yang dibina oleh Russell Simmons dan Rick Rubin lebih dari sekadar memenuhi tujuannya dibina, malah ia menjadi antara salah satu pengedar hiburan hip-hop yang paling dikenali di seluruh dunia.

Pada bulan September 2019 dalam satu persidangan All That Matters di Singapura, penubuhan Def Jam South East Asia (SEA) telah diumumkan, dengan barisan bakat besar serantau yang merangkumi Joe Flizzow dari Malaysia, Daboyway dari Thailand, A. Nayaka dari Indonesia, dan Fariz Jabba dan Yung Raja dari Singapura.

Def Jam pernah mewakili nama-nama besar dunia muzik seperti Run-DMC, LL Cool J, The Beastie Boys, Public Enemy, Jay Z, Kanye West, Nas, Rihanna, Justin Bieber, 2 Chainz and Desiigner. 

Sejak pelancarannya, Def Jam SEA telah berjaya dalam permainan muziknya dalam acara berprofil tinggi seperti konvensyen Culture Cartel 2019 di Singapura, di samping membantu dengan kemasukan perniagaan sukan global JD Sport ke dalam pasaran Thailand ketika upacara pelancaran label tersebut di Bangkok.

Dengan pengaruh hip-hop yang telah meluas di dunia, tidak lama masa yang diambil oleh Def Jam untuk meluaskan sayapnya di Asia Tenggara dengan barisan hadapan yang berbakat besar. Label ini juga sibuk membawa lebih banyak bakat hebat dari seluruh rantau ini seperti Abubakarxli dari Malaysia, Ben Utomo Indonesia dan Rayi Putra, dan kemasukan Vietnam dan Filipina ke dalam keluarga Def Jam SEA diwakili oleh SeaChains dan VVS Collective.

MENGENAI BEN UTOMO

Karier professional Ben Utomo sebagai rapper dalam industri muzik Indonesia bermula sejak tahun 2014. Banyak single telah dilancarkan, yang membuatnya semakin dikenali dalam scene hip-hop di negara ini ditambah dengan lirik ciptaannya yang kedengaran tegas, tepat dan tanpa kompromi.  Karyanya yang unik dan original ditambah dengan penampilannya yang edgy dan menarik perhatian membantu menaikkan nama Ben Utomo. Kebiasaannya dengan silang genre turut mempengaruhi citarasa muzik Ben Utomo.

Persembahan mengagumkan Ben Utomo sebagai seorang rapper telah membawanya ke beberapa festival muzik yang besar namun tapak di mana dia bermula tidak pernah dilupakan.  Bakatnya dapat dilihat dalam video di laman YouTube miliknya, yang telah ditonton sebanyak ratusan ribu hingga berjuta kali.  Tidak mustahil di masa hadapan nama Ben Utomo akan semakin menjulang dalam industri rap bukan sahaja di Indonesia, bahkan di dunia.

Instagram: @benutomo

Twitter: @indokidram

Facebook: facebook.com/indokidram

YouTube: Ben Utomo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KITAK KAROK BAH Perkenal Artis Borneo Berbakat di TV Okey

“Selalu Pegang Selfie Stick, Dah Lama Tak Pegang Microphone,” Nabil Ahmad Tuju Pada Siapa?