Lagu ini dijangka bakal memberikan pengajaran dan mesej yang positif kepada pendengar pada tahun ini. Antara keistimewaan lagu ini adalah lagu ini telah mendapat sentuhan istimewa daripada komposer dan penulis lirik, Hikayat Benladin, iaitu Malique.
Sejak kemunculan muzik pendek di dalam media sosial, lagu ini telah menarik perhatian peminat Ben Ladin, terutamanya di TikTok yang telah mencapai 70 penciptaan kandungan (content creation) dalam tempoh seminggu selepas muzik pendek ini dikeluarkan.
Gabungan duo hebat ini jelas mempunyai daya tarikan tersendiri dan mampu menarik perhatian peminat mereka.
‘Angan’ adalah buah tangan yang paling istimewa daripada Ben Ladin dan Shiha Zikir pada tahun ini. Kedua-dua artis ini memainkan peranan penting dalam lagu ini, seperti Ben Ladin sebagai penyanyi rap dan Shiha Zikir sebagai pelengkap kepada vokal yang unik dan merdu.
Kolaborasi ini tidak hanya mencerminkan kepelbagaian bakat seni mereka, tetapi juga menghasilkan perpaduan yang memukau dan pastinya akan memikat hati pendengar pada era ini.
Lagu ‘Angan’ mengisahkan tentang perasaan seseorang yang terperangkap dalam ilusi atau impian untuk mencapai kehidupan mewah dan kuasa yang tinggi.
Dalam usaha mengejar impian mereka, mereka juga mengalami rasa kebingungan dan ketidakpastian kerana realiti kehidupan yang sukar diwujudkan.
Antara mesej yang positif dalam lagu ‘Angan’ ini untuk sentiasa berpegang kepada realiti agar tidak merosakkan masa depan kita, terutamanya apabila kita terdedah kepada kemewahan, penipuan, dan keinginan.
Lagu ‘Angan’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.
Lirik Angan – Ben Ladin ft. Shiha Zikir
(Pre-Chorus)
Dia kecanduan
Disangkanya madu
Di dalam terapung
Dia gayat keliru
(Chorus)
Angan hidupnya di kayangan
Terbangnya di awangan
Hanya mampu diperhati bumi
Merentas garis masa
Indahnya berkuasa
Bilakah kan tersungkur ke bumi
(Verse 1)
Asalnya bukan dari dewata
Biarpun acapkali di langit biru
Berhias emas serta permata
Kilauannya membuta dia keliru
Memperdaya geri berseni, helahnya bersemi
Terselindung sepi balik wadah yang berseri
Sempurna pekerti, setiap persegi
Maka ramai ertikannya pemberi rezeki
Punya busana, arwana, istana, semesta
Semalam sengketa, orkestra, berpesta
Dikenali dari kota hingga desa
Mahkotanya palsu namun kendali selesa
(Pre-Chorus)
Dia kecanduan
Disangkanya madu
Di dalam terapung
Dia gayat keliru
(Chorus)
Angan hidupnya di kayangan
Terbangnya di awangan
Hanya mampu diperhati bumi
Merentas garis masa
Indahnya berkuasa
Bilakah kan tersungkur ke bumi
(Verse 2)
Dipecah sunyi, legarnya riuh
Lirik terbukti ada dalam video
Personaliti, kerabat Pharoah
Pasak teliti kerat manifesto
Simpati, empati, dimati dalam hati
Simpanan teman mati ditempatkan di peranti
Hanya mampu perhati, dinasti makhluk sakti
Meneruskan beraksi dan menakluk bimasakti
(Bridge)
Angan bersanding dalam khayalan
Berdampingkan perawan
Hidup jadi pujaan
Dia kecanduan
(Pre-Chorus)
Dia kecanduan
Disangkanya madu
Di dalam terapung
Dia gayat keliru
(Chorus)
Angan hidupnya di kayangan
Terbangnya di awangan
Hanya mampu diperhati bumi
(Verse 3)
Dia kepala, yang sekutu dan sekufu bersepupu
Kenyang hingga cucu punya cucu (cucu)
Tak setuju dan sebulu dia meluru dan melutu
Tak senanglah cucu punya cucu (cucu)
Diam sedar, di benak gusar
Apa yang dilamun sejenak kian pudar
Masa dikejar, tak dapat putar
Lain nama watak sama tak bertukar
Asalnya bukan dari dewata
Biarpun acapkali di langit biru
Berhias emas serta permata
Kilauannya membuta dia keliru
(Pre-Chorus)
Dia kecanduan
Disangkanya madu
Di dalam terapung
Dia gayat keliru
(Chorus)
Angan hidupnya di kayangan
Terbangnya di awangan
Hanya mampu diperhati bumi
Merentas garis masa
Indahnya berkuasa
Bilakah kan tersungkur ke bumi