Menurut Izam atau nama sebenarnya Mohd Izam Arshad, 53, dia menggunakan bakatnya sebagai penyanyi untuk menghiburkan orang lain yang kini ‘berkurung’ akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Kita sedar di musim PKP ni dan memang tak boleh buat show, jadi takkan saya nak minta sedekah dan sumbangan?
Perkongsian Izam di Facebook miliknya.
“Apa yang saya lakukan hari ni iaitu mempertaruhkan nama dan bakat saya untuk buat show secara online, at least boleh menghiburkan orang di rumah.
“Terpulang kepada mereka untuk beri sumbangan, saya tak tetapkan jumlah yang mereka nak bagi,”
Terdahulu, video nyanyian akustik Izam diiringi petikan gitar anak lelakinya Mohd Ali Haikal mendapat perhatian netizen dan dikongsi lebih 400 kali di media sosial Facebook pada Rabu.
Bagaimanapun, Izam yang sebelum ini diserang angin ahmar itu memberitahu, kesukaran hidup yang dilalui belum sampai ke tahap terpaksa mengibarkan bendera putih.
“Alhamdulillah, setakat ni masih okey lagi… tak sampai nak kibar bendera putih. Syukur apa yang saya buat sekarang ini dapat sokongan dan perhatian orang ramai dan saya kena usaha sikit la.
izamIzam akui kerjayanya sebagai penyanyi memang terjejas.
“Penyakit angin ahmar belum sembuh sepenuhnya, saya masih mendapatkan rawatan. Doktor pesan kena jaga pemakanan supaya tak bertambah teruk”
Izam diserang angin ahmar dan dirawat di Hospital Serdang pada 25 Jun 2020.
Dia mempunyai dua orang isteri iaitu Hayatie Rahmat dan Rosmawati serta dikurniakan tujuh orang anak.
PKP 3.0: Anak seni terjej4s teru.k, 70 peratus hil4ng punca pendapatan
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan buat kali ketiga menyebabkan ramai terjejas, termasuk pelukis, pemuzik dan lain-lain penggiat industri kreatif.
Ada yang hilang semua pendapatan, malah ada juga yang terpaksa melakukan dua atau tiga kerja demi meneruskan kelangsungan hidup.
Tinjauan Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (Cendana) mendapati, kira-kira 93 peratus daripada mereka menerima kesan negatif akibat PKP dan 70 peratus daripadanya hilang punca pendapatan.Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif Cendana, Izan Satrina Mohd Sallehuddin berkata, pihaknya melancarkan Bandar Aktiviti Seni Kuala Lumpur (BASKL) sebagai inisiatif untuk membantu anak seni.
“Antara usaha terbaru kami adalah bantuan makanan untuk artis yang diusahakan dengan Yayasan Sime Darby. Usaha ini fokus kepada golongan kru teknikal, pasukan produksi.
“Kita tidak lupa kepada pemuzik jalanan, penyanyi veteran yang tidak dapat buat persembahan tatkala PKP pertama. Biasanya mereka membuat persembahan dari gig ke gig, tapi sekarang dah terkesan.
“Jadi kita menyalurkan bantuan makanan ini melalui Yayasan Sime Darby,” katanya kepada Astro AWANI.
Buat masa ini, kata Izan Satrina, bantuan tersebut hanya untuk anak seni di Lembah Klang, Perak dan Pulau Pinang, namun pihaknya merancang meluaskannya hingga ke Sabah, Sarawak dan Pantai Timur.
Dalam pada itu, beliau berharap masyarakat memberi sokongan kepada penggiat seni terutamanya mereka yang kini banyak mengunakan platform media sosial untuk menjana pendapatan.
“Penggiat seni pun usaha pelbagai cara. Mereka bukan saja buat persembahan (secara dalam talian), ada juga buat dua tiga kerja lain. Ada yang buat kuih, jual nasi lemak dalam talian, ada yang jadi pemandu Grab untuk survive.
“Saya merayu kepada khalayak ramai, kalau ada yang sudi bantu dan kerjasama, pinjamkan masa dan sumber anda untuk bantu mereka,” ujarnya.
Katanya lagi, antara platform yang membantu ke arah tersebut ialah Musicians For Musicians Malaysia yang menyediakan platform media sosial buat anak seni merakamkan bakat mereka dan menjana pendapatan.
*Sumber: mStar