in

Belum Ada Tarikh, Ramai Nak Sponsor Majlis Kahwin Yasmin Hani & Alif Hadi

Pelakon Yasmin Hani berkata dia dan kekasihnya, Alif Hadi mempunyai hasrat untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini.

Memetik mStar Online, Yasmin berkata meskipun belum umum tarikh untuk berkahwin namun mereka sudah menerima banyak tawaran tajaan.

“Saya sudah berapa lama kan single, jadi kalau boleh memang nak secepat mungkin (kahwin) tapi buat masa ini belum ada tarikh lagi.

“Sebenarnya saya jadi takut pula sebab bila selalu post dekat sosial media yang momen romantik ramai ingat majlis akan meriah.

“Kalau boleh kami nak buat yang biasa-biasa saja, cukup sekadar ambil gambar kahwin yang cantik.

Ramai juga yang tawarkan untuk beri tajaan kepada kami sampai ada jurusolek artis terkemuka dah bagi nama untuk taja sedangkan belum ada tarikh nikah lagi,” katanya.

Terdahulu, Yasmin pernah mendirikan rumah tangga dengan Shahrin Razali pada 2011 namun mengumumkan perpisahan merekada pada 2021. 

Pasangan itu dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Noah Ismail Wong, 10 tahun dan Eissa Elzander Wong kini berusia 7 tahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

REMY ISHAK

Tahniah! Remy Ishak & Isteri Timang Cahaya Mata Pertama Yang Comel

Google Cloud Mempercepat Pemulihan Industri Pelancongan di Malaysia