TAK ada angin, tak ada ribut… Tiba-tiba sahaja pasangan selebriti Nazim Othman dan Bella Dally memaklumkan tentang berita penceraian mereka selepas dua tahun membina masjid.
Nabilah Ali Dally atau lebih dikenali sebagai Bella Dally akui bahawa dia berasa perit dengan keputusan yang telah dibuat oleh mereka tetapi dengan sokongan dan kata-kata semangat daripada orang terdekat membuatkan dia lebih tabah.
“Saya kena reda, positif dan ‘move on’.
“Saya berusaha cuba untuk tidak memikirkan mengenainya (perpisahan). Alhamdulillah, saya ada keluarga dan rakan yang tanya khabar serta keadaan saya,†kata Bella dipetik daripada portal Harian Metro ketika diminta memberikan komen tentang rumah tangganya yang sudah roboh.
Malah, gadis kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu sama sekali tidak mahu memberi komen banyak tentang isu berkenaan memandangkan semua orang sudah mengetahui tentang statusnya bersama Nazim.
Bagaimanapun, pelakon filem Desolasi itu menegaskan untuk tidak berkongsi lebih lanjut tentang punca penceraian dan baginya adalah tidak manis untuk dikongsikan kepada umum tentang perihal peribadi.
Dalam masa yang sama, Bella turut menafikan dakwaan kononnya dia kerap pulang ke kampung halaman disebabkan mahu menenangkan diri daripada ketegangan rumah tangga yang berlaku antaranya dan bekas suami.
“Saya memang sangat rapat dengan mereka. Sementara mereka masih ada, baik saya gunakan sebaiknya kesempatan itu untuk pulang Sabah.
“Selain itu, saya mahu berjumpa ramai kawan saya di sana,†ujarnya lagi.
Pada 1 Ramadan lalu, Bella dan Nazim telah memutuskan untuk memberitahu kepada umum tentang penceraian mereka di laman Instagram masing-masing.
Pengumuman yang dilakukan oleh kedua-dua selebriti itu benar-benar mengejutkan banyak pihak termasuklah rakan artis yang lain.