in

Bella Awards Perkenal Bella Official Correspondent

BELLA OFFICIAL CORRESPONDENT

Temui dan undi enam gadis berbakat pilihan anda!

Bella Official Correspondent

Top 6 (dari kiri) – Ashley Chan, Nadia Alisya Norzudhy, Isooda Ajdari, Marlisa Halidi, Brittany Victoria Cahill, dan Nabilah Huda Bt Malek

[dropcap]H[/dropcap]anya seorang gadis berbakat dan bertuah sahaja yang bakal dipilih ntv7 menerusi pencarian “Bella Official Correspondent” dan mereka bakal berkongsi tumpuan lensa media dan orang ramai bersama selebriti-selebriti glamor, tokoh-tokoh wanita terkenal negara dan calon-calon finalis hebat di malam kemuncak Bella Awards 2013. Lebih penting adalah mereka akan menggalas tugas penting dalam mengacarakan acara karpet merah secara langsung seawal 8.30 malam di ntv7.

6 finalis yang telah dipilih adalah Ashley Chan, Nadia Alisya Norzudhy, Isooda Ajdari, Marlisa Halidi, Brittany Victory Cahill dan Nabilah Huda Bt Malek. Pemenang pencarian ini akan dipilih berdasarkan undi umum (50%) dan undian para hakim (50%). Orang ramai juga boleh memainkan peranan mereka dengan merealisasikan impian mereka salah seorang gadis ini dengan mengundi mereka bermula 1 – 14 Februari 2013 menerusi http://apps.ntv7.com.my/bellaawards. Bagi mereka yang ingin lebih mengenali finalis Bella Official Correspondent, saksikan segala persona, aksi dan drama mereka dalam menyiapkan tugasan yang diberikan menerusi laman web tersebut.

“Bella Official Correspondent” bukan sahaja mencari wajah baru dalam bidang pengacaraan malah mencari pemenang yang mempunyai pakej lengkap dengan pelbagai kualiti seperti bijaksana dan memiliki pengetahuan dalam bidang fesyen serta industri hiburan. Mereka juga harus petah berbicara dan mempunyai kemahiran dalam ketrampilan diri untuk layak menjadi pengacara buat acara karpet merah, Sparkles Red Carpet nanti.

Pencarian bermula dengan pemilihan dalam sesi ‘scouting’ yang dijalankan pada Disember 2012 di beberapa lokasi di Lembah Klang termasuklah di pusat beli belah 1 Utama, Lot 10, KLCC dan Sunway Pyramid.

Sesi pencarian itu telah berjaya mengumpul ramai gadis berbakat walaupun dipilih di kalangan orang ramai berdasarkan pemerhatian pakar oleh penerbit eksekutif rancangan temubual Bella sendiri, Intan Noorbaizura serta gabungan duo penyampai radio lucu dari Fly FM – Phat Fabes dan Ben. Selepas beberapa penilaian hanya enam finalis yang layak ke peringkat seterusnya dan dipaparkan dalam siri laman web.

Bagi melihat keupayaan dan kemampuan mereka dalam merebut peluang mengacarakan acara karpet merah berprestij itu, beberapa cabaran dan tugasan diberikan bagi menguji kemahiran mengacara mereka, pengetahuan am, citarasa berfesyen, bersolek dan pelbagai lagi. Mererka juga turut diberikan bimbingan oleh mentor-mentor mereka sendiri.

Pemenang “Bella Official Correspondent” akan diumumkan pada 18 Februari 2013. Pastikan anda nantikan keputusannya dan terus mendapatkan maklumat lanjut di www.ntv7.com.my atau ikuti ntv7 menerusi akaun Facebook atau Twitter.

Pencarian ini adalah salah satu aktiviti promosi untuk Bella Awards – yang merupakan rancangan anugerah pertama seumpamanya yang mengiktiraf, merai dan memberi penghormatan kepada golongan wanita. Bella Awards 2013 akan bersiaran secara langsung pada 2 Mac 2013 pada pukul 9.00 hingga 10.30 malam. Manakala acara permaidani merah Sparkle Red Carpet akan disiarkan seawal jam 8.30 malam eksklusif di ntv7. Live Streaming acara penganugerahan itu pula boleh ditonton di www.ntv7.com.my/bellaawards.

Bella Official Correspondent Top 6 Finalists

Ashley Chan

Name : Ashley Chan
Age : 19
DOB : 12/12/1994
Interests : Fashion, performing arts, writing
Fashion style : Funky, psychedelic, chic

Brittany Victoria Cahill

Name : Brittany Victoria Cahill
Age : 22
DOB : 21/10/1991
Interests : Art, fashion, books
Fashion style : A range of styles

Nabilah Huda Bt Malek (Bella)

Name : Nabilah Huda Bt Malek (Bella)
Age : 22
DOB : 05/01/1991
Interests : Watching movies, dancing, surfing
the internet
Fashion style : Simple, girly, loves pink

Marlisa Halidi

Name : Marlisa Halidi
Age : 23
DOB : 28/10/1990
Interests : Fashion, acting, food, writing,
meeting new people, history of art
Fashion style : Quirky at times. Simplistic, straight
forward, eclectic

Nadia Alisya Norzudhy

Name : Nadia Alisya Norzudhy
Age : 25
DOB : 01/03/1988
Interests : Scuba diving, swimming, dancing,
travelling
Fashion style : Mix & match, tribal, classy, different style everyday

Isooda Ajdari

Name : Isooda Ajdari
Age : 19
DOB : 02/04/1994
Interests : Travelling, watching movies, designing
Fashion style : Colourful, comfortable, cute & crazy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shila Amzah Mencari Ketenangan Berjaya Ditemui di Kemaman Terengganu

Majlis Pelancaran Seminar Bimbingan Peperiksaan BH 2013