Bella Astillah Takut Hilang Sabar, Berdoa Semoga Diri Jadi Lebih Kuat
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengakui takut membayangkan sekiranya kekuatan dirinya dalam menempuh pelbagai dugaan hidup mencapai limitasi satu hari nanti.
Menurut Bella Astillah atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, dia hanya mengharapkan kekuatan tersebut kekal dalam dirinya sampai bila-bila dan tidak akan pudar.
Mengulas mengenai pergolakan rumah tangganya sebelum ini sehingga meraih banyak perhatian dan kecaman dalam media sosial, Bella menegaskan dia tiada hak untuk menghalang orang daripada memberikan sebarang respons.
Katanya, dia akan menghargai mereka yang terus menyokong dan membiarkan sahaja golongan yang memilih untuk membenci.
Enggan mengambil pusing segala komen negatif, dia yang popular menerusi drama Aku Tanpa Cintamu hanya akan terus melakukan yang terbaik bagi melindungi keluarganya.
Terdahulu, rumah tangganya pada tahun lalu sekali lagi menjadi sorotan ramai apabila dia mendakwa ada aktres menjadi penyondol dengan mengganggu suaminya, Aliff Aziz.
Nama yang menjadi sebutan pada ketika itu ialah aktres, Sophia Albarakbah
Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.