Salam takziah diucapkan kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah dan adiknya, Didi Astillah di atas pemergian datuk mereka yang telah meninggal dunia pada hari Jumaat lalu iaitu 9 September. Semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.
Bella yang berada di Sabah atas urusan kerja terkilan kerana tidak dapat berjumpa dengan datuknya yang dipanggil sebagai Lolo itu ketika menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu memaklumkan perkara tersebut menerusi akaun Instagram miliknya:
“Atuk sedang di forensik (kalau jenazah positif covid kami tidak boleh ambil, kalau negatif baru boleh) Allahuakhbar.Â
“Sampai bila macam ni?! Sepatutnya kami mau mengasi kawan selama ditahan tp tidak benarkan. Adakah SYSTEM akan berterusan srperti ini sampai bila-bila?
HANYA BOLEH TENGOK SAAT2 akhir BELIAU MELALUI VIDEO CALL tak dapat peluk, tak dapat cium. Allahuakhbar,”Â
– Bella Astillah
Namun Bella sekurang-kurangnya sedikit lega kerana sempat meluangkan masa bersama datuknya ketika membawanya bercuti di Genting Hightland waktu dia berkunjung ke Kuala Lumpur.
“Tapi sebelum pandemik, Bella dgn Aliff dapat bawa dia ke KL, bawa bercuti pergi Genting mashaAllah :’( kami rindu betul. Allah s.w.t lebih menyayangi mu. Semoga lolo ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman,”
– Bella Astillah
Semoga Bella Astillah bersabar menghadapi dugaan ini. Bella Astillah Kehilangan Datuk, Terkilan Tak Dapat Jumpa Buat Kali Terakhir